PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN




A) DENGAN HATI 
 -Niat di hati hendak memeluk agama lain dan meninggalkan agama Islam. 
-Yakin di dalam hati bahawa agama lain lebih baik dan sempurna daripada Islam. 
-Yakin di dalam hati bahawa peraturan agama lain lebih baik daripada Islam. 
-Ragu-ragu dan tidak yakin dalam hati tentang salah satu daripada rukun Islam. 
-Tidak yakin di dalam hati terhadap kebenaran salah satu daripada rukun Islam. 
-Yakin dalam hati bahawa perkara-perkara yang di perintahkan oleh Allah dan Rasul-rasulNYA adalah sia-sia. 
-Mempersenda-sendakan dalam hati segala hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-rasulNYA. 
-Menolak perkara-perkara yang datang daripada Allah dan RasulNYA atau mempersendakannya. 
-Yakin terhadap suatu kuasa yang lebih hebat daripada kekuasaan Allah. 

 B) DENGAN LIDAH 
-Mempersenda-sendakan Allah dan Rasul. 
-Mempersenda-sendakan Al-Quran dan Hadis. 
-Bersumpah dengan nama Allah pada perkara-perkara yang palsu, seolah-olah Allah bersubahat dengan kepalsuan itu. 

 C) DENGAN PERBUATAN 
-Menghina Al-Quran seperti mencampak-campakkanya. 
-Memuliakan dan merayakan kepercayaan agama lain. 
-Mengekalkan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, dan derhaka kepada ibu bapa. 
-Mengharamkan yang halal dan mengharamkan yang halal. 

SYIRIK Syirik pada bahasa ialah sekutu. Manakala pada istilah pula ialah bermaksud suatu perbuatan menyengutukan Allah dengan makhlukNya, iaitu menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain pada sifat, zat, dan perbuatanNya. Menyamakan salah satu sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk seperti menyatakan ada sesuatu yang mempunyai zat atau perbuatan yang sama dengan zat dan perbuatan Allah, di anggap menyengutukan Allah. 

Syirik terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu : - 

-syirik khafi = menyengutukan Allah secara tersembunyi tanpa disedari, iaitu tanpa di sedari oleh orang atau tidak dapat di lihat oleh orang. Dalam diri kita terdapat sifat yang tidak patut ada dalam diri seorang makhluk. Sifat tersebut hanya layak bagi Allah sahaja. Sebagai contoh sifat tersebut ialah membangga diri, memuji diri sendiri, dan kagum pada diri sendiri seperti takabbur dan riak. 

-syirik jali = menyengutukan Allah secara terang-terangan sama ada dengan perkataan atau perbuatan yang menunjukkan kita mengagungkan atau menyembah dan memuja sesuatu dengan cara yang berlebihan. Contoh syirik jali adalah seperti menyembah berhala dan patung, memuja dan memohon selain daripada Allah seperti berdoa kepada pohon kayu dan sebagainya. 

KAFIR Pengertian kafir pada bahasa bermakna ingkar. Manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud tidak ada kepercayaan pada salah satu daripada rukun iman yang enam.Tidak percaya kepada salah satu daripada rukun iman yang wajib dipercayai akan dihukumkan kafir, tidak kira sama ada ia ada mempercayai kepercayaan agama lain atau tidak. Kafir merupakan gelaran bagi orang-orang yang tidak mempercayai Islam. Jika mereka mahu memeluk agama Islam, mereka hendaklah mengucap dua kalimah syahadah. Orang kafir yang memeluk agama Islam dianggap bersih daripada dosa.Orang yang mati dalam keadaan kafir akan di kekalkan oleh Allah dalam neraka. Jenis-jenis kafir dalam hubungannya dengan pemerintahan Islam : 

-kafir harbi = orang kafir yang melancarkan serangan atau mengisytiharkan perang terhadap orang Islam atau Negara Islam. Mereka ini wajib diperangi. 

-kafir zimmi = orang kafir yang tinggal di negara Islam dan mereka ini taat setia kepada pemerintahan Islam sebagai tanda menjadi rakyat di negara berkenaan. Mereka ini boleh di kenakan cukai (jizyah) dan wajib di lindungi. 

-kafir mu ‘aahad = orang kafir yang membuat perjanjian dan hubungan diplomatik dengan negara Islam. Mereka tidak boleh di cerobohi selagi mereka mematuhi syarat-syarat perjanjian. 

-kafir mustakman = orang kafir yang mendapat perlindungan di bawah pemerintahan Islam. Mereka boleh di kenakan bayaran ufti sebagai syarat mendapat perlindungan. Mereka wajib di lindungi dan tidak boleh di cerobohi. Ini termasuklah orang kafir yang mendapat suaka di negara Islam. 

 RIDDAH ( KELUAR DARIPADA ISLAM ) 

Riddah pada bahasa ialah mundur atau berpaling. Dari segi istilah syarak pula ialah berpaling atau meninggalkan agama Islam, sama ada orang itu orang Islam yang asalnya atau orang yang baru menganut agama Islam. Orang yang keluar meninggalkan Islam itu adalah di namakan murtad. 

 Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui 3 cara : 

-murtad melalui niat atau qosad = iaitu seseorang itu berniat atau qosad yang bersungguh-sungguh atau niat secara main-main hendak meninggalkan agama Islam ataupun berniat mempersenda-sendakan hukum Islam. 

-murtad melalui perkataan = iaitu seseorang yang berkata-kata dengan bersungguh-sungguh atau main-main hendak meninggalkan agama Islam atau sengaja mempersenda-sendakan atau mencela hukum Islam dengan perkataan. 

-murtad melalui perbuatan = iaitu seseorang itu dengan bersungguh-sungguh atau main-main melakukan perbuatan membesar-besarkan agama lain ataupun mempermain-mainkan atau mencela hukum Islam. Jika semua perkara di atas di laukan dengan sengaja dan dengan hati yang redha, bukan di paksa-paksa, maka seseorang itu akan jatuh murtad. Hukum ke atas orang yang murtad adalah di suruh bertaubat terlebih dahulu. Jika enggan, maka wajib di hukum bunuh. 

  KHURAFAT Khurafat pada bahasa bererti karut. Manakala padaistlah syarak bermaksud kepercayaan yang karut yang bertentangan dengan penjelasan al-Quran, as-Sunnah, dan pendapat ulamak. 

Khurafat terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu : 

-khurafat yang tidak merosakkan akidah, iaitu khurafat yang berbentuk dongeng yang berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan kepercayaan ketuhanan atau ibadat kepada tuhan. 

-khurafat yang merosakkan akidah, bukan sahaja yang berbentuk dongeng malahan juga kepercayaan itu dikaitkan dengan ketuhanan atau ibadat, contohnya pemujaan kepada sesuatu selain daripada Allah, bersemah, atau membuang ancak dan sebagainya. 

BIDA’AH Bida’ah padabahasa bererti merekacipta atau mengadakan yang baru. Manakala pada istilah syarak pula ialah mengadakan sesuatu yang baru dalam agama, yang berlainan daripada yang di syariatkan. Bida’ah terbahagi kepada 2 bahagian yang utama : 

-bida’ah dholaalah = bida’ah yang sesat, iaitu mengadakan sesuatu yang baru dalam agama yang tidak ada dasarnya daripada al-Quran, as-Sunnah, amalan Sahabat Rasulullah SAW, ijmak ulamak. Contohnya menambahkan atau mengurangkan rukun-rukun sembahyang dan sebagainya. 

-bida’ah hasanah = bida’ah yang baik, iaitu mengadakan sesuatu yang baru dalam agama pada perkara yang mendatangkan kebaikan pada orang ramai tanpa mengubah hukum syarak yang telah sedia ada walaupun tidak ada dasarnya dalam al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya mengadakan sambutan hari mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, membuat jalan raya untuk kemudahan pengangkutan, dan sebagainya. 

Selain daripada itu, bida’ah juga mengandungi 5 bahagian yang lain

-bida’ah yang wajib = iaitu perkara yang perlu untuk menyempurnakan perkara yang sedia wajib pada syarak. Jika tidak di lakukan, perkara wajib syarak itu tidak dapat di laksanakan. Contohnya tindakan khalifah Othman bin ‘Affan membukukan al-Quran. Jika tidak di lakukan, mungkin al-Quran tidak dapat di temui pada hari ini. Begitu juga dengan pewujudan kilang-kilang makanan yang halal bagi umat Islam supaya makanan yang haram dapat dielakkan. Bida’ah ini juga disebut “wajib ‘ardhii” iaitu wajib yang datang kemudian. 

-bida’ah sunat = iaitu perkara yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan perkara yang sedia disunatkan pada syarak. Contohnya, solat Terawih dibuat secara berjema’ah. Jika tidak disunatkan berjema’ah, mungin solat terawih itu tidak dapat dilaksanakan pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. 

-bida’ah haram = iaitu perkara yang di lakukan sebaliknya daripada apa yang sepatutnya diwajibkan. Contohnya, sepatutnya perkara-perkara urusan agama di ketuai atau diputuskan oleh orang yang faqeh atau pakar dalam bidangnya, tetapi ianya diputuskan oleh orang yang jahil atau orang yang tidak mengetahuinya. 

-bida’ah makruh = iaitu perkara yang dilakukan sebaliknya daripada apa yang sepatutnya di sunatkan, atau menambahkan perkaraperkara yang harus. Contohnya menghiasi masjid-masjid. 

-bida’ah harus = iaitu perkara yang di tegah atau di suruh oleh syarak, atau dengan kata lain, menambahkan perkara-perkara yang harus. Sebagai contoh, melazatkan makanan dan minuman dengan cara memasukkan perisa ke dalam masakan dan minuman berkenaan. Bida’ah yang haram itu termasuklah dalam bida’ah dholaalah yang ana ianya wajib dijauhi dan di elakkan serta di tinggalkan. Termasuk dalam bida’ah dholaalah itu ialah bida’ah yang sunat tetapi di campurkan dengan yang haram seperti berdakwah melalui nasyid tetapi bercampur lelaki dengan perempuan.


Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama