RAHSIA TAHI LALAT




TANDA-TANDA TAHI LALAT DIKEPALA

1. Kepala sebelah kanan

Kecil : Bercita-cita tinggi tidak mengenal erti putus asa.

Sederhana : Tabah menghadapi rintangan, sanggup menderita mengejar cita-cita. Besar : Terkabul semua cita-cita tanpa banyak berusaha, kuat berusaha, mematuhi arahan amanah. Pemilik tahi lalat ini menunjukkan ia seorang yang baik tingkah laku pemurah dan penyayang. Pandai mengambil hati orang atasan atau orang tua-tua. Sifat kesederhanaan dalam hidup sehariannya punca utama dia dikasihi oleh suami atau isteri majikan serta sahabat handai.

2. Kepala Sebelah Kiri

Kecil : Selalu kecewa di dalam hidup, lemah daya ingatan dan suka bersendirian.

Sederhana : Banyak masalah, selalu kecewa, lemah daya ingatan dan pandai berahsia.

Besar : Tanda-tanda ini bererti mereka sering kecewa di dalam mengejar cita-cita, berulang kali putus cinta dan cerewet orangnya.

Rahsia dari tanda tersebut menunjukkan mengapa pemilik sering gagal. Tabiat suka bersendirian dan suka merahsia adalah punca utama segala masalah. Bagi mengatasi masalah ini sebaiknya pemilik membuang perasaan kecewa, luahkan kepada sahabat baik yang boleh di percayai atau kekecewaan itu satu pengajaran yang amat berguna dan sentiasa berhati-hati meluahkan kata cinta kepada setiap lelaki atau wanita yang dikenali.

3. Tengah kepala

Kecil : Sikap dari tanda-tanda ini menimjukkan orang tersebut jujur, penyabar dan tabah.

Sederhana : Tabah menghadapi cabaran dan tidak meninggikan suaranya atau lain perkataan tidak pemarah.

Besar : Pendiam yang keterlaluan sehingga di anggap sombong. Sebenarnya tidak sedemikian, amanah, jujur dan selalu ditipu orang.

Disebabkan terlalu jujur, pemurah dan tidak suka marah, insan ini selalu menjadi mangsa kepada kenalan, keluarga atau sesiapa sahaja yang mengenali dirinya. Matlamat mereka untuk menipu kemudian lesap menjauhkan diri.

Sekiranya beliau sudah berumahtangga ia menjadi punca utama keretakan keluarga tetapi ia terus bersabar.

4. Ubun-ubun Kepala

Kecil : Kejujurannya ada tujuan tersembunyi.

Sederhana : Banyak bercakap, kaki ampu dan suka mengumpat.

Besar : Pandai membuat cerita memikat bertujuan untuk menipu atau lain perkataan hanya mainan di bibir mulut.

Kita haruslah berhati-hati dengan orang yang memiliki tahi lalat ini, beliau bukan sahaja kaki cucuk malah pandai membuat helah untuk menarik perhatian atau simpati siapa sahaja. Jika orang di atas menjadi sahabat alamatnya buncit perut.

Penderitaan orang lain menjadi hiburan baginya. Setelah meningkat umur banyak harta hasil dari keringat orang lain. Diri sendiri amat bakhil.

5. Pusat Rambut

Kecil : Pendiam, tabah melakukan sesuatu pekerjaan dan tajam berfikir

Sederhana : Berfikiran cergas, mudah memahami tabiat kawan, tidak suka membuang masa.

Besar : Orang ini tidak suka berceloteh yang bukan-bukan, tekun bekerja, cergas dan berjaya di dalam hidupnya.

Kepintaran berfikir panjang dan tahu membaca tabie seseorang menyebabkan dirinya sering ditomah oleh manusia.

Ketegasan beliau menarik perhatian masyarakat mahupun di tempat kerja, dihormati keluarga dan buah fikirannya menjadi ikutan masyarakat.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI KENING DAHI

6. Kening Kanan

Kecil : Sedia melakukan apa sahaja dan sedia menghadapi risiko, keras hati, berani di dalam segala hal.

Sederhana : Kata dikota tidak banyak bercakap, tabah di dalam segala hal dan mempunyai keberanian luar biasa.

Besar : Tangkas, berani dan luar biasa di dalam segala hal.

Sifat manusia ini memang aneh sesuatu yang dihayati akan menjadi miliknya walaupun terpaksa menipu atau sebagainya yang penting dapat. Di dalam mengejar cita-cita ia berjaya. Dahulu beliau seorang buruh kini menjadi seorang pensyarah.

7. Kening Kiri

Kecil : Bersifat berani, bersopan santun dan tidak takut bahaya.

Sederhana : Sifatnya sukar diketahui kerana tabiat yang pendiam dan berani

Besar : Jangan disangka air tenang tiada buaya, pijak semut tidak mati. Orang ini tangkas di dalam ilmu membela diri.

8. Kening Tengah Kanan Dan Kiri

Kecil : Keras hati, berani di dalam segala hal dan pandai menyembunyikan rahsia.

Sederhana : Tegas, berani, suka menolong, pantang dicabar dan sedia menghadapi cabaran.

Besar : Keberaniannya tersembunyi, tidak makan nasihat dan baginya dia sahaja yang betul.

9. Dahi Kanan

Kecil : Suka mencari ilmu pengetahuan walaupun sudah berumahtangga.

Sederhana : Selalu kesepian ditinggalkan suami berminggu-minggu lamanya.

Besar : Di awal perkahwinan keluarga ini selalu sahaja bertegang urat dan bahagia selepas mendapat cahaya mata.

10. Dahi Kiri

Kecil : Sikapnya yang selalu berhati-hati menjadikan dirinya pendiam.

Sederhana : Lebih suka mendengar dari bercerita dan cakapnya suka menyindir.

Besar : Lelaki/wanita dari tanda-tanda ini menunjukkan bahawa sikap orang tersebut kuat merajuk dan sukar dipujuk.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI MATA

11. Kelopak Mata Atas Kanan

Kecil : Suka melakukan kerja-kerja rumit hasilnya luar biasa.

Sederhana : Tidak mengenal erti jemu, tekun, tabah dan suka bersendirian.

Besar : Orang ini tidak kenal erti putus asa, kuat berusaha, berjaya dalam cita-citanya.

12. Kelopak Mata Atas Kiri

Kecil : Mudah mendapat rezeki, peramah dan berada.

Sederhana : Periang, peramah, murah rezeki dan pandai memikat.

Besar : Tidak suka membuang masa, pandai mencari wang, hobinya main cinta dan berada.

13. Kelopak Mata Bawah Kanan

Kecil : Orangnya baik hati, peramah tidak meninggi diri.

Sederhana : Pandai mengambil hati kawan-kawan, isteri/suami, anak dan dikasihi keluarga.

Besar : Setiap perbuatannya mendapat pujian, amanah, jujur, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

14. Kelopak Mata Bawah Kiri

Kecil : Baik budi, menghormati orang tua dan tidak meninggi diri.

Sederhana : Lembut tingkah laku, pandai mengambil hati kawan-kawan dan kuat menggoda.

Besar : Murah rezeki, senang di dalam segala urusan, pandai mengumpul harta, manis tutur kata.

15. Hujung Kelopak Mata Kanan

Kecil : Pemalas dan kuat mencuri tulang.

Sederhana : Berat tulang, banyak bercakap dan ego.

Besar : Berat tulang, suka dipuji, cakap besar dan suka menegak benang basah.

16. Hujung Kelopak Mata Kiri

Kecil : Berhati mulia, mengambil berat terhadap keluarga dan pemalu.

Sederhana : Bersopan santun, suka menolong keluarga dan penyayang.

Besar : Gemar bermain cinta, mata duitan dan mata keranjang.

17. Sudut Mata Luar Kanan

Kecil : Pendiam, jujur dan gemar bersendirian.

Sederhana : Jujur, tidak pandai berbohong dan tidak gemar mendengar fitnah.

Besar : Pandai mengambil hati sahabat, peramah dan kuat ketawa.

18. Sudut Mata Luar Kiri

Kecil : Baik hati, suka berbudi dan ramai yang menaruh hati.

Sederhana : Suka menolong orang di dalam kesusahan dan selalu tertipu.

Besar : Baik budi, lurus, murah rezeki tetapi sukar membuat harta.

19. Sudut Mata Dalam Kanan

Kecil : Disayangi suami atau isteri.

Sederhana : Di sayangi suami atau isteri dan keluarga.

Besar : Di sayangi suami atau isteri, keluarga sendiri dan seisi keluarga mertua.

20. Sudut Mata Dalam Kiri

Kecil : Tidak banyak mulut, selalu teraniaya.

Sederhana : Ditinggalkan suami dan menjadi madu.

Besar : Tidak suka mengambil tahu antara satu sama lain, sebaliknya pandai bermain kayu tiga.

21. Biji Mata Atas Kanan

Kecil : Kuat pembohong dan tidak setia.

Sederhana : Pembelit dan tidak tahu bersyukur.

Besar : Merasa kepuasan setelah berjaya menipu.

22. Biji Mata Atas Kiri

Kecil : Kuat pembohong dan baik hati.

Sederhana : Kuat main kayu tiga dan suka menolong.

Besar : Cakap besar, pandai bermain kayu tiga dan berbudi bahasa.

23. Bijl Mata Bawah Kanan

Kecil : Baik hati, bersopan santun dan pintar.

Sederhana : Pemurah, suka menolong dan gemar mengambil tahu hal orang lain.

Besar : Setiap pemberiannya ikhlas, berhati mulia

24. Biji Mata Bawah Kiri

Kecil : Murah rezeki dan baik hati.

Sederhana : Murah rezeki, kuat kerja dan sentiasa berfikir.

Besar : Murah rezeki dan suka membuat kerja amal.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI MUKA, ALIS DAN PIPI

25. Alis Kanan (antara hidung pipi)

Kecil : Jujur, baik hati, suka memberi pertolongan.

Sederhana :Tidak gemar ditipu, ikhlas di dalam segala hal.

Besar : Baik hati, ikhlas dan tidak gemar berhutang.

26. Alis Kiri (di antara hidung dan pipi)

Kecil : Mudah diajak berunding, susah mengidap sakit demam.

Sederhana : Gemar sesuatu yang mudah, tidak banyak celoteh dan berhati lurus.

Besar : Sikap sederhana, mudah diajak berunding dan tidak berdendam.

27. Pipi Kanan

Kecil : Suka menolong, lembut hati dan mulia tingkah laku.

Sederhana : Suka membalas budi, berpekerti mulia, jujur dan mudah mesra.

28. Pipi Kiri

Kecil : Bersifat pendendam, cemburu dan sentiasa was-was dengan kawan-kawan.

Sederhana : Baik terlalu baik dan sebaliknya.

Besar : Suka buat kecoh dengan keluarga, sahabat dan di tempat kerja.

29. Tengah Pipi Kanan

Kecil : Ramai kenalan dan pandai buat kelakar.

Sederhana : Pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa juga.

Besar : Tenang, pemurah dan ramai kenalan.

30. Tengah Pipi Kiri

Kecil : Cepat mendapat kawan dan cepat pula memutuskannya.

Sederhana : Banyak kenalan dan selalu berlaku perkara yang tidak diinginkan.

Besar : Hobinya berkenalan dan pandai mengambil kesempatan.

31. Batang Hidung

Kecil : Berjaya di dalam hidupnya.

Sederhana : Tidak suka meminta pertolongan.

Besar : Tidak sesiapa yang tahu pekong di dadanya.

32. Hidung

Kecil : Kuat berusaha dan disukai oleh kawan-kawannya.

Sederhana : Pemurah, rajin dan pintar mencari rezeki.

Besar : Kejayaannya menakjubkan sesiapa sahaja.

33. Hidung Kanan

Kecil : Pemalu dan tidak suka meminta pertolongan orang lain.

Sederhana : Pemalu, jujur dan suka bersendirian.

Besar : Pintar dan pantas membuat kerja.

34. Hidung Kiri

Kecil : Suka pada pertolongan orang lain.

Sederhana : Memperolehi pertolongan orang lain dengan cara menipu.

Besar : Memberi pertolongan dengan harapan mendapat balasan berlipat ganda

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI MULUT

35. Atas Bibir Kanan

Kecil : Pandai mencari kenalan, murah rezeki, suka mengumpul harta dari keringat orang lain.

Sederhana : Mulut manis, kaki ampu dan suka bermuka-muka.

Besar : Percakapannya lemah-lembut, bijak menggoda, tetapi semuanya dusta dan ada tujuan tertentu.

36. Atas Bibir Kiri

Kecil : Mulut manis mencari kepentingan diri sendiri.

Sederhana : Pandai mengampu majikan, mudah naik pangkat dan cepat pula tersungkur.

Besar : Lain di mulut, lain di hati ada udang disebalik batu.

37. Bawah Bibir Kanan

Kecil : Dihormati orang, gemar bercinta dan dicurigai isteri.

Sederhana : Kuat menggoda, menepati janji dan periang.

Besar : Pandai membawa diri, murah rezeki, penyayang dan selalu digoda.

38. Bawah Bibir Kiri

Kecil : Suka membuat janji palsu.

Sederhana : Mulut manis, pendendam dan pintar putar belit.

Besar : Dendam selama-lamanya.

39. Hujung Bibir Kanan

Kecil : Banyak cakap tidak mudah mengalah.

Sederhana : Kuat berleter, busuk hati dan suka mencari kesalahan orang lain.

Besar : Banyak bercakap dan janji-janjinya tidak boleh dipercayai.

40. Hujung Bibir Kiri

Kecil : Gemar menyinggung perasaan orang lain.

Sederhana : Gemar memberi nasihat tetapi dirinya sendiri tidak jujur.

Besar : Kuat menabur fitnah, bergurau dan akhirnya menjadi pertengkaran.

41. Bawah Bibir Tengah

Kecil : Rezekinya sekadar cukup makan.

Sederhana : Nada suaranya tinggi dan tidak suka mengalah.

Besar : Kuat berceloteh dan gemar menjadi tepi kain orang lain, kain sendiri tidak bersih.

42. Dagu Bawah Kanan

Kecil : Jujur, baik hati, tinggi budi bahasa dan kaki menggoda.

Sederhana : Kelembutannya memikat sesiapa sahaja yang memandang, jujur, setia dan menepati janji.

Besar : Jujur, pemalu dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain.

43. Dagu Bawah Kiri

Kecil : Bijaksana dan pandai berjimat cermat.

Sederhana : Tangkas dan cemerlang di dalam kerjaya yang diceburinya.

Besar : Berfikiran tajam, bersopan santun dan tidak pandai menyakitkan hati orang lain.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI LEHER

44. Leher Depan Kanan

Kecil : Berani menderita, jujur dan pintar.

Sederhana : Sikap tegas dan berani kerana benar.

Besar : Boleh dipercayai, bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

45. Leher Depan Kiri

Kecil : Pengetahuan tinggi, aktif dan kenalannya orang berada.

Sederhana : Pantang dicabar, berpengetahuan dan rajin berusaha.

Besar : Setiap perlakuannya menjadi ikutan masyarakat dan berjaya di dalam cita-cita.

46. Kerongkong

Kecil : Setiap kemahuan mudah diperolehi.

Sederhana : Mendapat pasangan dan orang berpangkat.

Besar : Menjadi kaya raya di hari tua dan nasibnya beruntung.

47. Tengah Leher Atas Atau Bawah

Kecil : Perwatakan menarik, lemah lembut dan pengasih.

Sederhana : Di sayangi majikan, tidak banyak ragam dan gemar sesuatu yang antik.

Besar : Perwatakan menarik dan unik, banyak peminat kenalannya orang ternama.

48. Belakang Leher Kanan

Kecil : Berpengaruh tinggi, berjaya di dalam perniagaan.

Sederhana : Mudah memperoleh pertolongan walaupun tidak dipinta.

Besar : Orang ramai suka memberi pertolongan di dalam segala hal.

49. Belakang Leher Kiri

Kecil : Pengalamanya di masa lalu menjadi gurunya.

Sederhana : Di sayangi sesiapa sahaja yang mengenali dirinya.

Besar : Bakal menjadi pemimpin besar, berpengaruh dan dihormati.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI BAHU

50. Bahu Kanan

Kecil : Bertanggungjawab dan berhati-hati di dalam segala hal.

Sederhana : Bijak membuat keputusan, bertanggungjawab dan tegas.

Besar : Tidak makan piyi, tegas, pintar dan bertang-gnngjawab.

51. Bahu Kiri

Kecil : Sanggup melakukan apa juga pekerjaan dan sedia menghadapi risiko.

Sederhana : Tidak suka membuang masa, setia dengan kawan.

Besar : Tidak pernah lalai menjalankan tugas, amanah, bersih hati dan bertimbang rasa.

TANDA-TANDA TAHI LALAT TEMPAT SULIT WANITA

65. Bibir Kanan

Kecil, Sederhana, Besar:

Tahi lalat yang terdapat di bahagian tersebut mempunyai firasat yang sama iaitu baik hati dan daya seksnya luar biasa dan terlalu ganas.

66. BibirKiri

Kecil : Pendiam, baik hati, pandai menyimpan rahsia.

Sederhana : Lurus, tenang tidak suka melawan cakap suami dan setia.

Besar : Budi pekerti mulia, pandai mengambil hati suami, mertua dan dikasihi orang.

67. Bahagian Atas

Kecil, Sederhana, Besar:

Firasat mengatakan wanita ini banyak anak, benihnya subur. Kuat seks dan menimbulkan keresahan suami.

68. Buah Dada Kanan

Kecil : Penyabar, pengasih dan setia.

Sederhana : Pandai mendidik anak dan suka menolong suami di waktu susah.

Besar : Pandai menjaga kehormatan diri. Penyayang dan bertimbang rasa.

69. Buah dada Kiri

Kecil : Pemilih, cemburu dan pemalas.

Sederhana : Suka buang masa. Cerewet dan tidak sanggup susah.

Besar : Dendam kepada suaminya. Kayu tiga dan penting diri sendiri.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI BAHAGIAN TANGAN / KAKI

70. Jari-jari Tangan Kanan

Kecil : Murah rezeki tetapi boros.

Sederhana : Banyak rezeki dan kuat berjudi.

Besar : Bijak mencari rezeki sebaliknya sanggup bergadai kerana berjudi.

71. Jari-jari Tangan Kiri

Kecil : Murah rezeki dan pemurah.

Sederhana : Murah rezeki dan pandai berjimat.

Besar : Murah rezeki sebaliknya kedekut.

72. Tapak Tangan Kanan

Kecil : Bercita-cita menjadi kaya.

Sederhana : Pandai membahagi masa dan membuat untung.

Besar : Setiap perkara yang dilakukan mendatangkan hasil yang lumayan sahaja.

73. Tapak Tangan Kiri

Kecil : Baik hati dan suka memberi pertolongan.

Sederhana : Orangnya lurus dan berhati mulia.

Besar : Amanah, lurus serta tidak menyimpan hasrat dengki dengan kejayaan orang lain. 74. Belakang Tapak Tangan Kanan

Kecil : Besar harapan menjadi orang kaya.

Sederhana : Sentiasa memikirkan untung dan pandai menggunakan masa lapang.

Besar : Sentiasa memikirkan untung besar, tetapi bakhil. 75. Belakang Tapak Tangan Kiri

Kecil : Baik hati dan suka menolong.

Sederhana : Orang pelurus, baik hati dan pemurah.

Besar : Suka memberi pertolongan, lurus dan berjiwa halus.

76. Pergelangan Tangan Kanan

Kecil : Setia dan taat.

Sederhana : Pintar, setia dan amanah.

Besar : Bijaksana, cekap di dalam segala urusan serta ringan tulang.

77. Pergelangan tangan Kiri

Kecil : Menepati janji dan kuat berusaha.

Sederhana : Tidak memilih pekerjaan, yang penting dapat wang.

Besar : Sanggup lakukan apa sahaja dan boleh dipercaya.

78. Atas Pergelangan Tangan Kanan

Kecil : Kuat berpoya tidak tentu arah.

Sederhana : Melancung menjadi kegemaran.

Besar : Suka melancung ke luar negeri berbulan bulan lamanya.

79. Atas Pergelangan Tangan Kiri

Kecil : Mudah naik pangkat.

Sederhana : Selalu mendapat durian runtuh.

Besar : Mudah naik pangkat, kaki ampu sikapnya tidak digemari kawan di tempat kerja.

80. Siku Kanan

Kecil : Mudah di dalam segala hal.

Sederhana : Berjawatan tinggi, sekiranya ia seorang ahli perniagaan beliau berjaya.

Besar : Menyertai berbagai urusan.

81. Siku Kiri

Kecil : Jujur dan kuat mencari rezeki.

Sederhana : Bijaksana dan tidak suka membuang masa.

Besar : Suka melakukan sesuatu yang memberi faedah yang besar.

82. Ketiak Kanan

Kecil : Orangnya suka berahsia.

Sederhana : Boleh memegang amanah, alim dan tidak banyak cakap.

Besar : Setiap rahsia yang diketahui untuk dirinya sahaja, sikap begini menyebabkan orang tersayang menjadi cemburu.

83. Ketiak Kiri

Kecil : Tabiat baik dan buruknya tidak diketahui umum.

Sederhana : Sikap baik tidak diketahui orang.

Besar : Baik atau buruknya luar biasa.

84. Jejari Kaki Kanan

Kecil : Suka sesuatu yang baru.

Sederhana : Melompat satu tempat kerja ke tempat lain, tidak suka dikongkong.

Besar : Melakukan sesuatu secara senyap-senyap dan hasilnya menakjubkan.

85. Jejari Kaki Kiri

Kecil : Pandai berhutang dan tidak suka membayar.

Sederhana : Lagak seperti orang berada sebaliknya anak isteri di rumah tidak cukup makan.

Besar : Manusia ini agak tamak di dalam segala hal.

86. Tapak Kaki Kanan

Kecil : Diam-diam ubi berisi tetapi ke arah kejahatan.

Sederhana : Suka berjalan mencari hiburan pada waktu malam seperti disko.

Besar : Kejahatan orang ini tidak siapa yang tahu kecuali kawan-kawan rapat sahaja dan gemar ke tempat maksiat.

87. Tapak Kaki Kiri

Kecil : Kuat berjalan tetapi tidak mempunyai tujuan.

Sederhana : Mencari saudara dan sahabat yang memerlukan pertolongan, ia seorang yang amat pemurah.

Besar : Suka memberi pertolongan dan ada kalanya dia sendiri yang tersepit, terlalu pemurah.

88. Tumit Kanan

Kecil : Jujur di dalam rumahtangga dan di tempat kerja sahaja.

Sederhana : Setia dan penyayang dengan kaum keluarga tetapi tidak dengan sahabat dan lebih mementingkan diri.

Besar : Suka mengambil hati seisi keluarga sebaliknya tidak sesuai dengan masyarakat sekelilingnya dan banyak ragam.

89. Tumit Kiri

Kecil : Setia, mudah percaya dan tidak menaruh perasaan dengki terhadap kawan-kawannya.

Sederhana : Melakukan sesuatu yang bermanfaat seperti membuat umrah, haji dan suka merapatkan kembali saudara mara yang jauh.

Besar : Tidak boros hasil dari jimat cermat beliau selalu pergi menunaikan haji.

90. Betis Kanan

Kecil : Berkelakuan jahat di rantau orang.

Sederhana : Mencari pengalaman dan ilmu di rantau orang.

Besar : Merantau dan terus bermastautin di rantau orang.

91. Betis Kiri

Kecil : Pulang membawa kejayaan atau harta.

Sederhana : Pulang membawa kekayaan dan isteri dari bangsa lain.

Besar : Menjadi kaya dan pemimpin yang disegani di rantau orang.

92. Perut Betis Kanan

Kecil : Boros dan suka berpoya-poya.

Sederhana : Gemar merantau tetapi lokek.

Besar : Kecewa di hari tua disebabkan tidak jimat cermat di hari muda.

93. Perut Betis Kiri

Kecil : Tidak gemar dipuji walaupun baik hati.

Sederhana : Pandai mengambil kesempatan dan disayangi saudara sendiri.

Besar : Kejahatan berpunca dari sikap keluarga sendiri kerana terlalu dimanjakan.

94. Lutut Kanan

Kecil : Bodoh sombong dan pandai berpura-pura.

Sederhana : Orang pemalas, dengki dan tidak suka melihat kemajuan orang lain.

Besar : Suka menganggap orang lain semuanya tidak jujur tetapi itu adalah sikapnya.

95. Lutut Kiri

Kecil : Manusia ini kreatif dan agak pemalas.

Sederhana : Seperti pahat dengan pemukul.

Besar : Tidak suka mendengar pandangan dari orang lain dan suka menegakkan benang basah.

96. Paha Kanan

Kecil : Bercita-cita tinggi dan banyak halangan.

Sederhana : Lambat laun cita-citanya akan berjaya juga.

Besar : Berani, setia dan bercita-cita tinggi tetapi tidak berjaya.

97. Paha Kiri

Kecil : Tidak mempunyai cita-cita tetap atau lain perkataan hatinya selalu berubah.

Sederhana : Kuat berkhayal, suka termenung dan menjauhkan diri dari sanak saudara.

Besar : Bersifat dengki dengan kejayaan orang lain sekalipun saudaranya sendiri.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI PERUT

54 Pusat

Kecil, Sederhana, Besar:

Tidak menjadi ukuran. Firasat mengatakan jodohnya jauh dan ada kalanya berkahwin dengan bangsa asing.

55. Atas Pusat

Kecil : Sejahtera dan bahagia dalam rumahtangga yang dibina.

Sederhana : Rumahtangganya aman damai dan tidak makan cucuk.

Besar : Rumahtangganya berkekalan dan pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat sekelilingnya.

56. Atas Pusat Kiri

Kecil : Dihormati keluarga.

Sederhana : Menjadi pemimpin kepada seisi keluarga.

Besar : Setiap anak-anaknya berjaya di dalam pelajarannya.

57. Bawah Pusat Kanan

Kecil : Nasibnya agak malang, sering berlaku pertengkaran.

Sederhana : Berlaku kucar kacir di dalam rumahtangga.

Besar : Lebih malang di dalam dan dimusuhi keluarga kedua belah pihak.

58. Bawah Pusat Kiri

Kecil : Sentiasa menghadapi masalah.

Sederhana : Pengaruh orang luar punca suami-isteri bertegang leher.

Besar : Dibenci masyarakat atas sebab tertentu.

59. Perut Atas Pusat

Kecil : Banyak kerenah dan suka membuat hal.

Sederhana : Suka menjaga tepi kain orang lain.

Besar : Suka mengambil tahu hal orang lain, kaki cucuk dan suka bergaduh.

60. Perut Bawah Pusat

Kecil : Kuat temberang dan suka membuat fitnah.

Sederhana : Pembohong, banyak mulut dan kaki sembang.

Besar : Suka bertandang ke rumah jiran, banyak mulut dan bijak mencungkil rahsia tetangga.

TANDA-TANDA TAHI LALAT TEMPAT SULIT LELAKI

61. Kemaluan Kanan

Kecil, Sederhana, Besar

Firasat dari tanda-tanda ini tidak berbeza iaitu selalu banyak masalah.

62. Kemaluan Kiri

Kecil, Sederhana, Besar

Sepertimana di atas firasat dari tanda-tanda ini juga tidak berbeza iaitu pendiam, pemalu dan merbahaya kepada kaum hawa dengan lain perkataan gemar merogol.

63. Bahagian Atas

Kecil : Tidak suka dikongkong oleh isteri.

Sederhana : Pandai pujuk rayu, habis manis sepah dibuang.

Besar : Di kasih isteri sampai ke tua.

64. Bahagian Bawah

Kecil : Pendiam dan ganas di atas ranjang.

Sederhana : Suka makan di luar rumah dan tidak boleh dipercayai.

Besar : Banyak isteri, nafsunya luarbiasa dan yang penting baginya dapat wang ringgit tak jadi. Kebiasaan lelaki ini mempunyai ramai anak.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI PUNGGUNG

98. Punggung Kanan

Kecil : Baik hati, pendiam dan menyimpan rahsia.

Sederhana : Pendiam, pemurah dan setia.

Besar : Menepati janji, pendiam dan kuat daya seks.

99. Punggung Kiri

Kecil : Baik hati tapi lembab.

Sederhana : Pemalu, pemalas dan leka dengan tugas harian.

Besar : Berat tulang, banyak cakap dan suka menceritakan hal orang lain.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DIPINGGANG

100. Pinggang Kanan

Kecil : Mencintai isteri atau suami.

Sederhana : Kesetiaannya tidak berbelah bagi.

Besar : Cinta dan setia kepada isteri/suami berkekalan.

101. Pinggang Kiri

Kecil : Di sayangi suami/isteri.

Sederhana : Kesetiaan suami atau isteri di dalam apa-apa situasi (walau cacat selepas nikah).

Besar : Cinta, kasih, setia yang berkekalan dari pasangannya.

TANDA-TANDA TAHI LALAT DI BELAKANG

102. Tulang Belakang

Kecil : Degil, keras hati dan tidak gemar diperintah.

Sederhana : Romantik dan penyayang sikap ini menjadikan dirinya seorang yang kuat cemburu.

Besar : Cemburunya cemburu buta dan penyayang kepada anak-anak dan pandai berjimat cermat.

103. Belakang Kanan

Kecil : Tempat mengadu masalah keluarga.

Sederhana : Pertengkaran suami isteri berpunca dari sikap ibunya sendiri.

Besar : Terkongkong dengan sikap ibunya sendiri menyebabkan suami atau isteri makan hati.

104. Belakang Kiri

Kecil : Segala hasil yang diperoleh semuanya diberi kepada emaknya dan isteri di rumah dibiar kebuluran.

Sederhana : Tidak bertanggungjawab di dalam rumahtangga.

Besar : Lebih mengutamakan masalah peribadi keluarga ini bernasib baik kerana sikap mertua suka mengambil berat dan memberi pertolongan.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama