PROFIL AL-IMAM SYAFI’IE




Riwayat Hidup


1- Syafi’ie merupakan salah seorang tokoh Islam yang terkemuka. Beliau di gelar sebagai BAPA ILMU USUL FIQH lantaran kehebatan dan kebesaran ilmunya yang mendalam dalam bidang tersebut.

2- Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris. Susur galur keturunannya bertemu dengan Rasulullah SAW pada neneknya yang bernama Abdul Manaf.

3- Ibunya bernama Fatimah al-Azadiyah binti Abdullah bin Hassan bin ‘Ali bin Abi Tolib. Imam Syafi’ie di katakan berada dalam kandungan ibunya selama 2 tahun, yang mana ianya berbeza dengan kandungan kita yang biasanya hanya 9 bulan sahaja dalam kandungan ibu. Hal ini suatu perkara yang luar biasa. Hanya Allah jua yang mengetahuiakan setiap ciptaannya.

4- Beliau di lahirkan di Ghazzah, Palestin pada bulan Rejab 150 H bersamaan 767 M. Pada ketika itu, ibu bapanya berpindah dari Mekah.

5- Bapa beliau wafat ketika beliau masih dalam kandungan. Ada yang mengatakan bapanya wafat ketia beliau masih kecil. Tidak berapa lama selepas di lahirkan, Imam
Syafi’ie di bawa ibunya ke Mekah.

6- Beliau di gelar Syafi’ie kerana mengambil sempena nama datuknya Syafi’ie bin Saib.

Kelebihan-Kelebihan Imam Syafi’ie

1- Semasa Imam Syafi’ie masih dalam kandungan, ibunya telah bermimpi keluar bintang dari perutnya dan memancarkan cahaya yang gilang gemilang.

2- Imam Syafi’ie telah dapat menghafaz al-Quran ketika berusia 9 tahun lagi.

3- Beliau juga pandai bersyair dan bersajak. Suaranya merdu ketika membaca al-Quran. Orang yang mendengarnya, pasti akan menitiskan air mata. Para ulamak pada ketika itu selalu berkata “ kalau kami mahu menangis, kami akan pergi menemui pemuda Syafi’ie. Ia akan membaca al-Quran sehingga kami rebah di hadapannya. “ Pada ketika itu, beliau baru berumur 13 tahun.

4- Semasa remajanya, beliau pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Baginda SAW mengusap-usap wajahnya dan berdoa semoga Allah memberkati hidupnya.

5- Imam Syafi’ie belajar dengan tidak pernah makan sampai kenyang selama 16 tahun. Beliau berkata : “ perut yang kenyang memberatkan badan, membekukan hati, menumpulkan akal, dan membanyakkan tidur.”

6- Imam Syafi’ie juga mempunyai daya ingatan yang kuat, disamping itu berakhlak tinggi dan pandai memanah.

Pendidikan

1- Imam Syafi’ie mempelajari ilmu al-Quran daripada Imam Ismail Kostantine sewaktu beliau berusia 7 tahun dan dapat menghafaznya semasa beliau berumur 9 tahun.

2- Zaman remajanya di habiskan dengan berada bersama-sama dengan ulamak di dalam Masjidil Haram sambil menghafaz hadis-hadis dan ilmu-ilmu yang telah dipelajari dan di dengarinya.

3- Ketika berusia 12 tahun, beliau telah mempelajari dan menghafaz kitab al-Muwatta, susunan Imam Malik. Syafi’ie belajar daripada Imam Malik ketika berusia 20 tahun.

4- Syafi’ie mempelajari ilmu Feqah daripada Imam Muslim al-Zanji iaitu seorang Mufti Mekah. Syafi’ie juga mempelajari ilmu Hadis dari Imam Sufian bin Iyanah, iaitu seorang ulamak Hadis di Mekah.

5- Imam Syafi’ie sangat menjaga disiplin ilmu. Beliau membahagikan malamnya kepada 3 bahagian, iaitu

1/3 untuk menulis ilmunya,
1/3 untuk beribadat, dan
1/3 lagi untuk beristirehat.

6- Guru-guru Imam Syafi’ie terdiri daripada ulamak-ulamak dari pelbagai daerah, antaranya :

Di Mekah = Sufian bin Iyanah, Muslim bin Khalid al-Zanji, Said bin Salam al-Qodah, Daud bin Abdur Rahman al-‘Ator, dan al-Hamid bin Abdul ‘Aziz.

Di Madinah = Malik bin Anas, Ibrahim bin Sa’ad al-Ansoori, Abdul ‘Aziz bin Mohd, Ibrahim bin Yahya, Mohd bin Sa’id, Abdullah bin Naafa’, dan Soohib bin Abi Zuuiib.

Di Yaman = Mataraf bin Maazan, Hisyam bin Yusuf, ‘Umar bin Abi Maslamah al-‘Auza’ie, dan Yahya bin Hassan.

Di Iraq = Waqi’ bin Jarah, Hamad bin Asamah, Ismail bin Aliah, dan Abdul Wahab bin Abdul Hamid.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama