KAEDAH KAWALAN MINDA

KAWALAN SAKIT KEPALA
Doktor mendapati bahawa 90% daripada sakit kepala adalah disebabkan oleh ketekanan/ stress. Selebihnya adalah disebabkan oleh punca- punca lain di dalam badan manusia. Sekiranya anda mengalami masalah sakit kepala kerana berpunca daripada stress maka kaedah yang akan dibincangkan nanti boleh digunakan untuk menghilangkannya. Tetapi sekiranya sakit kepala anda timbul pada masa yang tertentu maka sakit kepala itu mungkin disebabkan oleh masalah organ di dalam badan dan anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan.
Anda digalakkan menggunakan kaedah ini pada peringkat awal sakit kepala itu mula menyerang atau mendatang. Jika anda mengalami masalah untuk ke tahap Alfa di tengah tengah kesibukan tugas dan kedaan maka anda boleh pergi ke tandas untuk enggunakan teknik ini atau ke tempat lain seperti surau dan bilik rehat yang membolehkan anda menggunakan kaedah ini tanpa sebarang gangguan.
Anda perlu melalui lima tahap seperti yang telah dibincangkan di dalam teknik- teknik sebelumnya iaitu pertama menyatakan masalah, kedua menyatakan matlamat, ketiga menyediakan rancangan untuk mencapai matkamat yang telah anda tetapkan , keempat melaksanakan rancangan anda itu dan akhir sekali mengaanggap bahawa matlamat anda itu sudahpun tercapai atau terlaksana. Ingatlah bahawa semua ini hanya berlaku dan berkesan ketika anda berada pada tahap Alfa dan anda boleh juga menggunakan taknik ini untuk penyakit yang lebih serius seperti gila babi, sawan atau ketika anda berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan.
KAEDAH KAWALAN SAKIT KEPALA
SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA STRESS
Turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 - 1. Apabila berada pada Tahap 1 katakan kepada diri anda : “ Saya mengalami sakit kepala.; saya merasa sakit kepala; saya tidak mahu sakit kepala.; saya tidak mahu merasa sakit kepala”. “Saya akan mengira 1 - 5 dan pada kiraan 5, saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Saya tidak akan sakit kepala. Saya tidak akan merasa sakit kepala lagi .”
Kemudian kira perlahan- lahan dari 1, 2 dan 3; pada pada kiraan 3 ingatkan diri anda “ pada kiraan 5 saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna; tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala. saya; saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya.”
Perhatikan bahawa kita telah membuat perubahan pada tahap 3 daripada sakit kepada tidak selesa. Kita tinggalkan sakit itu di belakang. Sambung kembali kiraan perlahan- lahan kepada 4, kemudian 5, dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka katakan kepada diri anda. “ Saya telah sedar, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala saya. Saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya “.

SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA MIGRAIN
Untuk sakit kepala yang berpunca daripada migrain , gunakan kaedah seperti di atas tetapi lakukan tiga kali dengan jarak masa 5 minit setiap satu. Pada kali yang pertama anda akan dapat rasakan kesakitan itu menurun sedikit dan kali yang berikutnya akan mengurangkan kesakitan sedikit demi sedikit. Pada kali yang ketiga sepatutnya sakit kepala anda akan hilang semuanya.
Apabila kesakitan anda datang lagi sepatutnya sekali sahaja akan dapat menghilangkan semua kesakitan di dalam kepala anda. Ini akan mengurangkan pergantungan anda kepada dadah yang tertentu dan sakit anda akan terubat dengan sendirinya apabila badan anda melupakan punca kepada kesakitan di dalam kepala anda. Walaubagaimanapun jangan merasa segan untuk mengulanginya beberapa kali sehingga anda mendapatkan kesan yang anda harapkan. Tidak rugi mencuba teknik yang tidak memerlukan bayaran daripada menghabiskan wang membeli ubat. Untuk sakit kepala yang berpunca daripada keadaan di dalam anggota badan yang lain sila berjumpa dengan doktor yang pakar.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama