SEJARAH BACHOK

Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut.
Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.
Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.
Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.
Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi.
Mukim dalam Jajahan Bachok
Alur Bakat
Aur
Badak Melawi
Bakong
Batol
Beris Lalang
Chap
Cherang Hangus
Cherang Sepulai
Gajah Mati
Gunong
Jelawat
Kandis
Keluat
Kemasin
Keting
Kuala Melawi
Kuau
Kubang Badak
Kubang Golok
Kubang Telaga
Kuchelong
Mujur
Nemen
Nipah
Pak Pura
Pauh Sembilan
Paya Mengkuang
Pengkalan Chengal
Permatang Pasir
Perupok
Repek
Rusa
Senok
Serdang
Takang
Tanjung Ara
Tanjung Jembal
Tanjung Jering
Tawang
Telok Mesira
Temu Renggas
Tepus
Teratai
Teratak Pulai
Tok Belian
Tok Junuh
Tualang Salak

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama