ERTI MULIA DAN HINA

Allah Taala sebagai Tuhan, tentunya mempunyai segala sifat yang cukup mulia. Oleh itu apa saja yang dimuliakanNya, turut mulia dan segala apa yang dihinakanNya turut hina.

Islam adalah agama yang mulia kerana Allah yang memuliakanNya maka yang lain semuanya hina. Tauhid adalah aqidah yang mulia kerana Allah yang memuliakanNya. Syirik dengan sendirinya hina, termasuk sekular turut hina.

Al-Quran adalah Kitab langit yang mulia kerana Allah sendiri memuliakanNya. Maka segala ajarannya turut mulia. Orang yang mengamalkannya dan memperjuangkannya turut mulia. Sebaliknya sesiapa saja yang menentangnya adalah hina kerana Allah Taala menghinakannya.

Sebab itu kita diminta ulang sebutan didalam Doa Qunut yang bermaksud:
“Sesungguhnya tidak hinalah orang yang kamu restui dan tidak mulialah orang yang kamu musuhi.”

Jika kita mengatakan mulia, sedangkan Tuhan mengatakan hina maka itu pandangan kita yang cetek dan tidak tahu membezakan antara mulia dan hina.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama