SEJARAH PENGAKAP

Pengasas Pengakap, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dilahirkan pada 22hb Februari 1857 di Hyde Park, London. Pada tahun 1876, Baden Powell (BP) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan askar di India. Pada tahun 1903, BP mendapat pangkat Ketua Inspektor. Pada tahun 1907, ketika pulang ke England, BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.
Pada tahun 1908, BP mengarang sebuah buku yang bertajuk 'Scouting for Boys'.
Buku ini telah menjadi kitab bagi pengakap dunia. Ramai yang menerima ideanya. Hal ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama di Olympia pada tahun 1920, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung sedunia.
Pada tahun 1937, BP bersama isterinya, Lady Baden Powell meninggalkan London dan menuju ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sebuah kampung. BP melancong ke serata dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan Pengakap dan Pandu Puteri. BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan Pengakap.
Pada 8hb Januari 1941, BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh kehormatan di Kenya, Afrika. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pengakap ialah:

”TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU”

LOGO PENGAKAP SEDUNIA




1.Pecah 3 kelompok
i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii)Menolong orang pada setiap masa
iii)Menurut undang-undang pengakap
2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
3. Ikatan putih - menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih - melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5. Warna ungu - kepimpinan
6. Warna putih - kesucian dan kebersihan.


PENGENALAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan pengakap yang diasakan oleh Lord Baden Powell pada tahun 1907 di England kini dianggotai oleh 216 negara dan jajahan di seluruh dunia.
Bilangan keahlian diseluruh dunia lebih daripada 28 juta pengakap dan daripada itu 17juta pengakap adalah datang daripada rantau Asia –Pasifik.
Pergerakan pengakap bermula di malaya pada tahun 1910 dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) menjadi ahli penuh Pertubuhan Pengakap Sedunia pada tahun 1957.
PPM ialah satu pergerakan badan sukarela beruniform tertakluk dibawah Akta Parlimen, iaitu Akta no. 38 tahun 1968 pindaan no.134 tahun 1974.
Penaung Utama ialah Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong. Penaung-Penaung ialah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan YangTerutanma Yang DiPertua Negeri-Negeri.
PPM mempnyai 17 cawangan, iaitu 15 negeri dan 2 kumpula latihan, iaitu dari maktab-maktab dan institusi-insitusi pengajian tinggi (awam dan swasta ).
Bilangan keahlian di Malaysia pada tahun 2005 ialah lebih kurang 160,000 orang. Keahliannya terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan juga usia.
Tujuan berpengakap ialah untuk mengalakan perkembangan rohani, jasmani, intelek, emosi dan pergaulan yang sihat dikalangan generasi muda supaya mereka dapat mengambil bahagian yang membina dalam masyarakat sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
Prinsip-prinsip dan amalan pengakap ialah berdasarkan kepada Persedian dan Undang-Undang Pengakap.
Ramai tokoh-tokoh pernah menjadi ahli pengakap semasa usianya muda, di antaranya ialah Bapa Kemerdekaan kita, Pedana Menteri pertama Malaysia, YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri kesayangan kita sekarang, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dibawa kepimpinan Ketua Pengakap Negara, YB Dato’ Dr. Hj. Shafie B. Mohd. Salleh dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Kol Prof. Dato. Dr. Hj. Kamarudin B. Hj. Kachar, PPM akan menuju ke era yang lebih dinamik dan progresif.


UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya

2. Pengakap adalah taat kepada Yang diPertuan Agong serta Raja-Raja, Pemimpinnya, Ibu Bapanya, Majikannya dan orang-orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa pun negeri, pangkat dan agamanya.

5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah sentiasa berlaku baik dan mengasihi segala binatang.

7. Pengakap adalah sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya dan pemimpin tanpa soal.

8. Pengakap adalah sentiasa sabar dan manis muka ketika menghadapi sebarang kesukaran.

9. Pengakap adalah berjimat cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.


PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia,
yang saya dengan seberapa daya upaya saya,
akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap


VISI DAN MISI PENGAKAP MALAYSIA


Misi Kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.

Ini akan dapat dicapai melalui:
1. Penglibatan ahli-ahli di sepanjang tahun pengajian dalkam bentuk proses pendidikan tidak formal.
2. Menggunakan kaedah tertentu yang menjadikan setiap individu sebagai agen utama dalam pembangunan diri ke arah sikap berdikari, bertanggungjawab dan komited.
3. Membantu mereka membina sistem nilai berdasarkan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi yang dinyatakan dalam Persetiaan dan Undang-undang.


Logo pengakap Malaysia



1. Pecah 3 kelompok
i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii)Menolong orang pada setiap masa
iii)Menurut undang-undang pengakap
2. Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
3. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
4. Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
5. Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
6. Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
7. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama