TUGAS MUSLIM KEPADA PALESTINE

Topik boikot memboikot ini memang menjadi topik perbualan hangat dikalangan orang-orang Islam. Disini dapat lihat sensitiviti umat islam terhadap apa yang telah berlaku tentang nasib umat Islam yg direndung malang khususnya dengan apa yg terjadi kepada bumi Palestine pada masa kini.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi mengenai apa kah kita perlu boikot KFC ke, McDonald ke atau secara umumnya yg dikatakan sebagai barangan Amerika, kita perlu mengetahui dulu apakah motif sebenar anjuran boikot terhadap barangan Amerika itu sendiri.

Apakah perlu kita memboikot semua barangan Amerika? Maka disinilah kita melihat beberapa ulama'-ulama' khususnya Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi mengambil konsep fikh yang dinamakan 'Fikh Awlauwiyyat' atau Fekah Keutamaan. Atas dasar ini 'pengeboman berani mati' atau Amaliyah Istishadiyah atau operasi jihad di halalkan HANYA di Palestine. Operasi boikot juga dilahirkan keatas 'barangan yg tidak dirasakan perlu' yang dikeluarkan oleh kroni Israel.

Contohnya barangan keluaran CPU Intel. Ia merupakan satu keperluan asas kepada kehidupan manusia sekarang. Ulama' tidak menganjurkan umat Islam memboikot barangan-barangan seperti ini kerana dikhuatiri memudharatkan keutamaan hidup. Disitu kita dapat lihat gaya bahasa Dr Yusuf Qardhawi yg menggunakan perkataan 'pada waktu ini' didalam fatwanya yg bertarikh 13-04-2002 yg berbunyi:


شراء البضائع الإسرائيلية والأمريكية في هذا الوقت كبيرة من الكبائر

"Membeli barangan Israel & Amerika pada waktu ini merupakan dosa dari dosa yg besar".

Franchise KFC, Starbucks, McDonald di Malaysia, apa ceritanya? Mungkin kita perlu timbulkan persoalan ini balik. Apakah perjalanan perniagaan mcDonald di Mesir yg dianjurkan pemulauannya oleh Shiekh Al-Azhar Dr. Syed Muhammad Tantawi, McDonald di Qatar (Prof Dr Yusuf Qardhawi) dan di Malaysia berbeza dari segi perniagaannya? Rasa-rasanya asas perniagaannya ialah sama, sistem franchise. Boikot disini hanyalah merupakan simbolik (kinayah) kenapa simpati umat Islam kepada nasib perjuangan umat Islam di Palestine. Dan boikot disini menunjukkan bahawa fekah islamiyyah sentiasa terdedah kepada pembaharuan kaedahnya. Penghormatan kepada pemboikotan ini juga menunjukkan kesinambungan didalam waris-waris pembawa islam itu sendiri. Iaitu penghormatan dan kemuliaan terhadap instituisi ulama' itu sendiri yg bertindak sebagai 'pewaris nabi'.

Mari kita lihat sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Dekan Fakulti Syariah, Universiti Gaza, Dr Salem Ahmad Salamah membicarakan peranan umat Islam didalam membantu Palestine moga-moga kita dapat mengambil iktibar darinya [2] :


أولا : بشرح قضيتهم في كل مكان

(1 Pertama :

Menerangkan kepada umum mengenai peristiwa (tragedi atau kes) yg berlaku disetiap tempat.


وثانيا: بمقاطعة أعدائهم وطرد السفراء ومكاتب التمثيل ومقاطعة التطبيع والبضائع والتجارة.
والتراحم يعني ما بَيَّنَه المصطفى صلى الله عليه وسلم: "من كان عنده فضل زاد؛ فليعد به على من لا زاد معه، ومن كان عنده فضل ظهر فليعد به على من لا ظهر له". أي أن يمدوهم بالمال والعتاد والدواء والمستشفيات حتى يطيلوا صمودهم.

(2 Kedua :

Memboikot musuh-mush mereka dan penutupan kedutaan-keduataan dan biro-biro perwakilan dan menormalisasikan boikot terhadap barangan dan perdagangan.

Dan simpati yg dimaksud kan oleh Al-Mustafa (Nabi Muhammad) saw : "Siapa yg disisinya kelebihan yg lebih, maka ia berjanji keatas mereka yang tidak mempunyail lebihan bersamanya, dan barangsiapa yg mempunyai kelebihan zahir, maka ia berjanji keatas mereka yg tidak mempunyai kelebihan zahir". Maka mereka dibekalkan dengan duit, peralatan, perubatan dan hospital sehingga mereka memanjangkan penentangan mereka.


وثالثا: عليهم ألا ينسوهم من الدعاء في كل صلاة

(3 Ketiga :

Keatas mereka jangan kita lupa untuk mendoakannya didalam setiap solat.
Jerusalem dan qiblat pertama dan tanah haram yg ketiga, mengingatkan mereka bahawa ia merupakan amanah yang diletakkan ditengkuk mereka, usaha mereka harus disatukan sehingga mengembalikan kebebasan untuk orang Islam! Kerana setiap hari mereka melalui Al-Aqsa dan dia mengadu kepada tuhannya akan membazirnya anak-anak mereka dan perasaan yg tidak buat apa-apa mengenai bantuan dan kerakusan Yahudi kepada mereka!.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama