SIFAT MALU

RASULULLAH bersabda yang bermaksud: “Malu itu adalah sebahagian daripada iman”.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmizi). Berdasarkan hadis ini, orang yang mengaku mereka beriman perlulah mempunyai sifat malu.

Ini kerana, apabila berkurangan atau tidak ada rasa malu, maka itu adalah tanda kelemahan atau ketiadaan imannya.

Sesungguhnya, iman dan rasa malu mempunyai kaitan atau hubungan yang sangat erat. Perhatikan sabda Nabi yang bermaksud: “Malu dan iman itu adalah satu rumpun. Apabila terangkat (hilang atau tiada) salah satu (daripada kedua-duanya), maka hilang pula yang lain.” (Hadis riwayat Al-Hakim).

Rasulullah dengan jelas mahu mengajar atau mendidik umatnya agar bertabiat atau bersifat pemalu. Ini kerana Baginda adalah seorang yang sangat atau paling tinggi sifat pemalunya, malah dikatakan sifat malu baginda lebih tinggi daripada pemalunya gadis pingitan.

Mengapa Nabi mengaitkan iman dengan rasa malu? Jawabnya orang yang memiliki iman atau kuat rasa keimanannya, tentu akan mempunyai perasaan malu. Apabila perasaan malu tidak ada, bermakna iman sudah tidak ada. Demikianlah sebaliknya.

Sebagai manusia kita tidak sunyi melakukan dosa atau kesalahan.

Apabila ada di kalangan manusia yang berbuat sesuatu dosa dan kesalahan, baik kepada Allah atau manusia, lalu rasa penyesalan mendalam terbit dari hatinya lantaran didorong oleh perasaan malu kepada diri sendiri, orang lain, apatah lagi kepada Allah.

Maka inilah menjadi satu tanda atau antara ciri orang yang bertakwa. Bertolak daripada perasaan malulah, ia menyedari segala keterlanjuran dan kesilapan hingga mendorongnya bertaubat memohon ampun daripada Allah.

Bukankah banyak ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Allah itu maha pengampun dan penerima taubat. Hanya terkadang ada manusia yang terus menerus dalam keangkuhan, padahal suatu saat dia akan kembali kepada Allah.

Dalam al-Quran, Allah turut memperjelaskan kepada kita bahawa orang yang bertakwa itu bukanlah mereka yang tidak pernah mengerjakan kesalahan atau berbuat silap tetapi orang yang mempunyai sifat takwa ialah yang cepat-cepat bertaubat dengan sesungguh hati di hadapan Allah sesudah menyedari atau terlanjur melakukan kesilapan.

Pernyataan taubat ini tentunya diiringi tekad yang sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi lagi apa juga kesalahan yang boleh membawa kepada dosa dan kemurkaan Allah.

Dalam pada itu, ada pula manusia yang terang-terang berbuat dosa dan kesalahan, melakukan kerosakan, mengeruhkan suasana keamanan hingga merugikan orang lain.

Namun, mereka berasa tidak pernah bersalah, sebaliknya sentiasa berusaha mempertahankan diri dengan segala macam cara, termasuk kuasa dan pangkat, agar kedudukan mereka tidak tergugat dan sentiasa dipandang baik dan bersih dalam masyarakat.

Lebih malang lagi jika ada segelintir manusia yang sama sekali tidak mempunyai perasaan malu hingga walaupun dia memang sedar sudah banyak kesalahan atau pengkhianatan dilakukannya, namun dia tetap tersenyum bangga terhadapdirinya, tetap menunjukkan keegoan dan kesombongannya.

Jika sikap ini dimiliki oleh seseorang yang mempunyai amanah untuk memimpin negara, masyarakat, jabatan atau apa juga kedudukan yang sepatutnya menjadi model atau contoh kepada masyarakat, maka tentulah masyarakat atau orang yang dipimpin akan rosak dan hancur.

Jelas, hadis ini cukup memberi erti besar kepada kita sebagai tunjuk ajar Rasulullah supaya kita selamat di dunia dan akhirat.

Perlulah kita yakin bahawa keimanan akan memberi dorongan kepada seseorang untuk menjauhi sebarang kerja maksiat.

Insaflah bahawa Allah sentiasa mengawal atau mengawasi setiap perlakuan hamba-Nya. Sebarang dosa yang walau sekecil mana pun pasti dicatat oleh malaikat yang ditugaskan khusus oleh Allah.

Sebaliknya, apabila perasaan malu hilang hingga tidak segan-segan berbuat kejahatan dan dosa, bermakna iman seseorang itu sudah runtuh dan hilang sama sekali.

Apabila demikian halnya, ia akan sentiasa berani melakukan dosa, tidak cuma perbuatan dosa kecil tetapi juga tiada halangan baginya untuk sentiasa melakukan

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama