KAUM-KAUM TERDAHULU





KAUM ‘AD
Kaum ‘Ad adalah kaum Nabi Hud A.S dan termasuk suku kaum tertua sesudah kaum Nabi Nuh A.S. Mereka dikurniakan oleh Allah dengan tanah yang subur dan sumber air yang banyak sehingga memudahkan mereka bercucuk tanam. Berkat kurniaan Allah itu, mereka hidup dalam kemakmuran dan melimpah dengan kekayaan. Tetapi seperti kaum Nabi Nuh, mereka juga terdiri daripada penyembah berhala. Mereka tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat Allah. Mereka menggunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk memuaskan nafsu mereka semata-mata. Mereka juga mempersendakan seruan Nabi Hud A.S yang menyeru mereka supaya menyembah Allah Yang Maha Esa. Mereka menyatakan bahawa Nabi Hud bodoh dan gila. Mereka tidak mahu beriman kepada Allah dan tidak mahu mengikut seruannya. Disebabkan kedegilan dan perbuatan mereka melampaui batas itu, maka Allah menurunkan angin PUTING BELIUNG yang sangat dahsyat yang memusnahkan mereka berserta kampung halaman dan harta benda mereka. 

  KAUM TSAMUD Kaum Tsamud ialah kaum Nabi Salleh A.S. Seperti kaum ‘Ad, mereka ini juga dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan dan kemewahan hidup. Mereka ini tidak mengenal tuhan, sebaliknya mereka menyembah berhala. Nabi Salleh yang diutuskan oleh Allah kepada kaumnya telah memperingatkan kaum ini bahawa kaum-kaum terdahulu pada zaman Nabi Hud telah dibinasakan oleh Allah kerana kedegilan mereka untuk menyembah Allah, tetapi kaum ini mengejek-ejek Nabi Salleh dan pengikut-pengikutnya pula. Mereka menuduh Nabi Salleh sebagai pendusta. Kaum Tsamud telah meminta Nabi Salleh A.S membuktikan kerasulannya. Dengan izin Allah, keluarlah seekor UNTA dari CELAH BATU. Nabi Salleh telah melarang kaumnya mengganggu unta tersebut. Pada mulanya mereka tidak melanggar larangan Nabi Salleh itu, kerana mereka rasa hairan dengan mukjizat Nabi Salleh itu. Tetapi disebabkan keegoan dan keangkuhan mereka, mereka telah melanggar peraturan bahkan membunuh unta tersebut serta memakan dagingnya. Kemudian mereka mempersendakan Nabi Salleh dengan mencabarnya mendatangkan azab yang pernah di sebut oleh Nabi Salleh. Tidak lama kemudian Allah menimpakan azab ke atas Kaum Tsamud dengan cara menurunkan HALILINTAR yang sangat dahsyat serta GEMPA BUMI yang sangat kuat sehingga memecahkan TELINGA dan PERUT mereka serta memutuskan JANTUNG mereka, menyebabkan mereka mati berkaparan. 

  KAUM LUT Kaum Lut ialah kaum Nabi Lut A.S. Mereka mendiami negeri Sadum ( Jordan ) di pinggir Laut Mati. Kehupan mereka ini juga sangat mewah. Lantaran kemewahan yang lebih, mereka telah di hinggapi oleh penyakit moral ( akhlak ) yang besar, iaitu amalan ‘homoseks’. Nabi Lut di utuskan oleh Allah untuk menyeru kaum yang sesat ini supaya beriman kepadaNYA dan meninggalkan tabiat yang buruk itu. Namun apa yang mereka bertindak adalah hanya persendaan buat Nabi Lut. Allah telah mengutuskan 2 malaikat yang merupakan diri mereka seperti lelaki, mendatangi Nabi Lut. Malaikat-malaikat itu menjelaskan kepada Nabi Lut bahawa mereka sebenarnya adalah utusan Allah. Kaum Nabi Lut yang derhaka itu akan diturunkan bala bencana oleh Allah dengancara HUJAN DARIPADA BATU-BATU BERAPI yang menyebabkan semua harta benda mereka terbakar. Kemudian bumi Sadum juga dibalikkan, menyebabkan kaum Lut yang derhaka itu binasa sama sekali. Rasulullah SAW bersabda ; yang bermaksud “Sesungguhnya yang paling aku takuti berlaku atas umatku ialah amalan Kaum Lut.” Sabda Baginda lagi, yang bermaksud “Apabila berlaku kezaliman ke atas rakyat kafir yang berlindung di negeri Islam, maka negeri itu merupakan negeri musuh. Apabila berlaku zina, maka gadis-gadis Islam akan di rampas menjadi tawanan. Apabila berlaku homoseks, Allah akan biar biarkan mereka sehingga di lembah mana mereka akan binasa.”

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama