TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ETIKA PERNIAGAAN FRANCAIS




Etika yang standard mempunyai tiga peringkat iaitu:

The law – mengenalpasti apakah tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan perniagaan yang dibenarkan menurut undang-undang dan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

The businesses’s policies and procedures – menawarkan panduan dan pertimbangan keutamaan pengurusan dalam membuat keputusan setiap hari.

The moral stance that individuals will take – keputusan yang dibuat bukan berdasarkan polisi, prosedur dan peraturan sahaja sebaliknya nilai-nilai yang diperolehi daripada agama, keluarga, sekolah, masyarakat dan sebagainya.


Mengapakah code of conduct penting?

membantu pemilik membuat keputusan menurut kehendak undang-undang dan memenuhi kehendak sebenar stakeholder,

reputasi francaisi dan sistem francais dapat dipelihara dan menaikkan moral pada pandangan masyarakat

kesan jangka panjang, pengguna akan lebih menghormati produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

stakeholder seperti pekerja, pembekal dan peminjam akan lebih setia dan yakin dengan sesebuah perniagaan itu.


ISTILAH-ISTILAH PENTING

Social Obligation – apabila perniagaan itu memenuhi kehendak undang-undang.

Social Responsibility – memastikan amalan-amalan perniagaan memenuhi norma-norma sosial, memperbaiki kelemahan-kelemahan perniagaan dan menawarkan maklumat-maklumat yang telus, dan

Social responsiveness – menyalurkan maklumat syarikat dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk pengetahuan masyarakat, sanggup mengambilkira pandangan formal atau tak formal dalam membuat keputusan dan bersedia menerima penilaian masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


PERSOALAN-PERSOALAN ETIKA DALAM FRANCAIS

Setakat manakah pelaburan di bidang francais selamat?

Apakah francaisi benar-benar dianggap ”rakan-kongsi” kepada francaisor?

Sejauh manakah francaisor benar-benar mempunyai sistem perniagaan yang terbukti berjaya?

Setakat manakah program latihan yang disediakan mampu memindahkan ”know-how” kepada francaisi?

Setakat manakah komitmen francaisor menyediakan perkhidmatan sokongan yang berterusan?

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama