STRATEGI PENGEMBANGAN FRANCAIS ANTARABANGSA




Antara strategi-strategi tersebut ialah : 

- Master Francaisi Usahasama Pelesenan Pelaburan langsung Pengeksportan 

HALANGAN-HALANGAN FRANCAIS ANTARABANGSA 

Karenah birokrasi (red tape) - proses permohonan untuk pendaftaran perniagaan francais mengambil masa yang lama. 

Batasan Import (import restrictions) - tindakan sesebuah negara mengawal pengimportan sesuatu barangan yang menjadi bahan mentah utama bagi sesebuah perniagaan akan membataskan aktiviti operasi dan penyebarluasan perniagaan sesebuah syarikat francais. Misalnya, tindakan kerajaan Korea yang mengenakan kawalan ketat terhadap kemasukan bekalan ayam mentah di negara mereka telah menjejaskan operasi perniagaan KFC. 

Kualiti Francaisi – Seperkara lagi yang menjadi kekangan kepada aktiviti perniagaan francais di luar negara adalah kualiti francaisi yang mampu menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak pengurusan francaisor. Bagi sesetengah perniagaan, mereka menekankan tentang pentingnya prospektif francaisi itu mempunyai modal yang mencukupi, komitmen terhadap perniagaan dan pengetahuan yang memadai untuk menjadi francaisi yang baik. 

Co-Branding Co-branding dalam konteks francais merupakan satu aktiviti apabila dua atau lebih francaisor bergabung untuk menawarkan peluang perniagaan francais dan beroperasi dalam satu outlet. 

Contoh: Holiday Inn dengan T.G.I. Friday’s, Ziebart dengan Speedy Auto Glass dan Texaco Star Mart dengan Teco Bell. Di Malaysia, KFC dan Pizza Hut beroperasi dalam satu outlet di Ampang Park, Kuala Lumpur. 

Co-branding kadang-kala gagal membentuk pengenalan jenama (brand identification) kerana kesan halo (halo effect). 

Kesan halo bermaksud populariti jenama pertama yang terkenal (well-known) akan lebih mendapat perhatian berbanding dengan jenama yang kurang terkenal (lesser known). Maka jenama yang kedua akan terkena kesan halo. 

Sebab-sebab Co-Branding 

Mature Markets - dalam pasaran yag semakin matang, pendekatan pemasaran secara tradisional tidak membawa kepada peningkatan dalam jumlah jualan dan pertumbuhan keuntungan. 

Labor Shortages – Selain daripada berkongsi ruang perniagaan, pendekatan co-branding dapat menjimatkan penggunaan buruh atau pekerja. 

Land Shortages – dalam sistem perniagaan francais, lokasi yang strategik adalah sangat penting untuk sampai kepada sasaran pengguna. Oleh kerana faktor lokasi yang stategik semakin sukar diperolehi maka pendekatan co-branding diyakini dapat mengatasi masalah tersebut. 

Consumer Demands – Pengguna atau pelanggan hari ini sangat mementingkan keselesaan dan mengunjungi kompleks-kompleks perniagaan yang menawarkan perniagaan berpusat (one-stop center) semasa membeli belah. Dalam konteks ini, adalah penting francaisor membawa jenama ke pengetahuan pengguna daripada pengguna sendiri tercari-cari jenama itu.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama