Firman Allah Taala : Dan dirikanlah olehmu akan sembahyang dan berikan olehmu akan zakat … (Surah al-Baqarah : ayat 43)
Sabda Rasulullah SAW : Zakat titik bagi Islam (yakni ; kerana member zakat itu jalan tetap kepada agama)
Sabda Rasulullah SAW : Apabila engkau tunaikan zakat harta kamu, maka bahawasanya engkau telah hilangkan akan kejahatannya. Demikian juga tiada melentangkan bagi harta yang dikeluarkan zakat itu suatu daripada kebinasaan dan hilang. Maka harta yang dikeluarkan zakatnya terpelihara ia didalam peliharaan Allah Taala kerana baik dan berkat yang ada padanya.
Hadis Sohih daripada Abu Hurairah R.A, katanya : Sabda Rasulullah SAW : Tiada daripada yang mempunyai emas dan perak tiada yang member daripadanya akan haknya melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya seperti papan di bakar di dalam api neraka jahannam. Maka diselarkan dengan dia akan pelipisannya, dua paru-parunya, dan belakangnya tiap-tiap dibalutkan, di kembalikan baginya pada hari yang kadarnya 50,000 tahun hingga di hukumkan antara segala hambaNya. Maka dilihat akan jalannya, samada ke syurga atau ke neraka.
Dikatakan, sesiapa yang menegahkan 5 perkara, akan ditegahkan oleh Allah 5 perkara ke atasnya ;
1- Sesiapa menegahkan zakat, ditegah Allah daripadanya akan terpelihara hartanya.
2- Sesiapa menegahkan sedekah, ditegahkan Allah daripadanya akan kesihatan.
3- Sesiapa menegahkan ‘usyur, yakni zakat tumbu-tumbuhan, ditegahkan daripadanya akan berkat pada buahnya.
4- Sesiapa menegahkan doa, ditegahkannya daripada perkenankannya.
5- Sesiapa memudahkan dengan sembahyang dan meringankannya, ditegahkannya ketika mati daripada dapat menyebut Laa Ilaaha illallaah.
Sabda Rasulullah SAW : Bermula zakat itu membersihkan iman
PANGGILAN BAGI ORANG YANG MENGELUARKAN ZAKAT DAN ORANG YANG TIDAK MENGELUARKANNYA
Sabda Rasulullah SAW :
Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya dengan sempurna dan dengan baik hatinya, dipanggil akan dia :
Pada langit dunia : Karim
Pada langit yang kedua : Jawad / yang murah
Pada Langit yang ketiga : Muthi’ / yang berbuat taat
Pada langit keempat : Sakhiy
Pada langit yang kelima : Maqbul
Pada langit yang keenam : Mahfuzh
Pada langit yang ketujuh : Maghfur
Pada atas ‘Arasy : Habibullah
Sesiapa yang tidak menunaikan zakat hartanya, dipanggil akan dia ;
Pada langit dunia : Bakhil
Pada langit yang kedua : Syahihan / yang sangat bakhil
Pada Langit yang ketiga : Mumsikan / matahari dan memegang
Pada langit keempat : Maftunan / yang kena fitnah
Pada langit yang kelima : ‘Ashi / yang bermaksiat
Pada langit yang keenam : Manu’an Manzu’ al Barokah / yang menegahkan kebajikan dan dihilangkan berkatnya dan tidak ada bahagian baginya akan kebajikan pada hartanya
Pada langit yang ketujuh : Mathrudan / ditolakkan amalannya, dan sembahyangnya mardudah, tidak akan diterima, bahkan dia akan dipukul pada mukanya