RAHSIA TUJUH

Telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas R.A, bahawasanya beliau telah berkata kepada Ibnu Umar bin al-Khattab R.A = Sesungguhnya aku telah melihat kepada kebanyakan urusan, maka aku dapati semuanya adalah 7, iaitu

LANGIT itu 7 lapis begitu juga dengan BUMI;

TAWAF di Baitullah sebanyak 7 kali;

MELONTAR JAMRAH sebanyak 7 kali;

ANGGOTA YANG TERBUKA di wajah manusia adalah sebanyak 7 iaitu 2 biji mata, mulut, 2 lubang hidung, 2 lubang telinga;

surah AL-FATIHAH juga mengandungi 7 ayat;

PEMBACAAN AL-QURAN juga di atas 7 huruf;

SUJUD di atas 7 anggota; PINTU NERAKA sebanyak 7 pintu, LANGIT NERAKA itu adalah 7 lapis begitu juga di dalamnya sebanyak 7 lapis;

ASHABUL KAHFI adalah seramai 7 orang;

NABI YUSOF A.S telah dipenjarakan selama 7 tahun;

KAUM ‘AD telah di musnahkan oleh ALLAH SWT di dalam masa 7 malam;

LEMBU yang dilihat oleh Nabi Yusof akan mimpinya adalah sebanyak 7 ekor;

tahun yang KEMARAU adalah selama 7 tahun begitu juga dengan tahun untuk BERCUCUK TANAM dan MENUAI;

SOLAT LIMA WAKTU jika di himpunkan bilangan rakaatnya adalah sebanyak 17 rakaat;

Rasulullah SAW telah menetapkan bahawa untuk membasuhi sesuatu bekas jika di LUDAHI OLEH ANJING adalah sebanyak 7 kali salah satunya dengan tanah;

Nabi AYYUB A.S mengalami penderitaan akibat musibah yang tertimpa atasnya adalah selama 7 tahun;

AISHAH R.A telah berkata = Rasulullah SAW telah MENGAHWINI aku semasa umurku baru tujuh tahun;

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya orang-orang yang SYAHID di kalangan umatku adalah 7 golongan iaitu

orang yang terbunuh di jalan Allah,
orang yang mati akibat taun,
orang yang mati lemas,
orang yang mati akibat wabak,
mati terbakar,
orang yang mati semasa melahirkan anak dan orang yang mati akibat perbuatan sihir;

Allah SWT telah BERSUMPAH dengan 7 perkara sebagaimana terdapat dalam ayat al-Quran umpamanya di dalam surah ad-Dhuha di mana Allah telah bersumpah dengan matahari, waktu dhuha, dan lain-lain lagi;

panjangnya TONGKAT NABI MUSA A.S adalah 7 hasta;

TINGGI NABI MUSA A.S adalah 7 hasta mengikut ukuran hasta zaman berkenaan; Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa MALAM LAILATUL QODAR itu adalah pada malam yang ke-27.

Admin

Terbaru Lebih lama