SAINTIS LEBIH MEMAHAMI AL-QURAN?

Apabila seseorang ulama bercakap tentang keagungan al-Quran, tentang kebenaran yang tertulis, tentang pengajaran dan peringatan serta tentang ketinggian bahasanya, kita sebagai umat Islam tidak punya masalah langsung untuk menerima kata-kata ulama tersebut sebulat hati sanubari kita. Kita bersetuju dengan ulama itu bahawa bahasa dalam al-Quran itu tinggi walaupun kita tidak tahu berbahasa Arab untuk membolehkan kita menilai ketinggian bahasanya.

Kita juga mengangguk-angguk dan bersetuju dengan tafsiran ulama tersebut berkenaan pengajaran, peringatan mahupun larangan dalam al-Quran tanpa diiringi sifat ingin tahu tentang mengapa dan kenapa Allah melarang atau menyuruh sesuatu itu dikerjakan. Kita hanya mengikut segalanya tanpa banyak soal.

Kemudian kita juga mengangguk-angguk terhadap tafsiran ulama mengenai kebenaran yang tertulis dalam kalam Allah itu, yang mana antaranya adalah mengenai kejadian alam dan manusia.

Namun, sama ada kita mengangguk-angguk itu kerana faham atau sebenarnya tidak faham tetapi hanya sekadar menerima kerana yang memberitahu kita itu adalah ulama, hanya kita dan Tuhan sahajalah yang mengetahuinya. Dan sama ada ulama itu sendiri faham secara sebenar-benarnya tentang apa yang ditafsirnya atau dia hanya mentafsir daripada terjemahan bahasa Arab mengikut pemahamannya atau pemahaman gurunya atau penulis kitab-kitab yang dirujuknya, hanya dia dan Tuhan sahajalah yang mengetahuinya.

Di Malaysia, rancangan-rancangan agama di TV, perbincangan-perbincangan agama di media massa sering kali berupa stereotaip dan penyampaiannya juga mendatar kalau tidak pun ‘terpekik-pekik mengajar’ dengan suara yang kuat, bosan serta tidak mencabar minda. Ia sering kali berupa ceramah, forum atau kelas bimbingan dengan topik-topik yang serupa. Rata-ratanya membincangkan mengenai puasa, zakat atau haji, atau hukum-hakam seperti riba, zina, rasuah ataupun bagaimana menjadi wanita solehah. Selain majalah Al Islam yang berani mengupas permasalahan khilafiah dan mencabar minda, hampir tiada sumber lain bagi umat Islam di Malaysia untuk memcambah pemikiran menganalisis isi ajaran Islam secara mendalam, jauh sekali secara saintifik walaupun kita dengan gah melaung bahawa sains sememangnya terdapat di dalam al-Quran.

Sedangkan di dalam Islam, akal merupakan aset paling berharga yang dikurniakan Allah kepada manusia. Mana mungkin persoalan-persoalan dalam Islam hanya merupakan persoalan yang datar dan tidak memerlukan cabaran terhadap akal?

Keagungan al-Quran tidak dapat diselami dengan perkara-perkara stereotaip yang dipaparkan oleh kebanyakan ulama Malaysia di dalam media massa kita mahupun di dalam masjid-masjid dan ceramah agama di negara kita. Jika kita ingin meneroka keagungan al-Quran, kita terpaksa melayari laman-laman web atau buku-buku yang diusahakan oleh umat Islam, malah bukan Islam yang mengkaji al-Quran di Barat.

Membaca al-Quran dengan hanya memahami bahasanya sahaja tidak akan memberikan impak getaran di dalam dada kita. Apa yang membuatkan pembacaan al-Quran itu menggetarkan jiwa ialah apabila kita dapat menyelami keagungan Maha Pencipta. Ini lebih mudah dilakukan jika kita memahami dan menghayati kebenaran terutamanya aspek-aspek saintifik dan fizik yang disebut di dalamnya.

Penulis pernah berjumpa dengan seorang cerdik pandai yang berkata bahawa Islam adalah agama untuk orang-orang yang pandai sahaja kerana hanya orang-orang yang pandai dapat memahami Islam yang sebenar. Hari ini, penulis memahami apa yang dimaksudkannya.

Malang bagi umat Islam zaman ini kerana untuk menghayati keagungan Maha Pencipta, mereka terpaksa bergantung kepada saintis-saintis Barat yang tidak pernah jemu mencari dan mengkaji perihal alam dan manusia. Mengkaji dan mempelajari segala sesuatu kejadian Allah sebenarnya dituntut oleh al-Quran. Namun, berapa ramai umat Islam termasuk ulama Islam yang turun ke padang meneroka sendiri ilmu yang disampaikan dalam al-Quran yang mereka hafal itu?

Pembentukan awan atau kejadian gunung sebagai ‘paku’ bumi, atau tentang dua lautan yang tidak akan bertembung serta bahagian pemisahnya, semuanya disebut secara terperinci di dalam al-Quran tetapi hanya dapat diberi erti kebenaran apabila para saintis mula mengkajinya. Begitu juga tentang serebrum (otak manusia di bahagian hadapan) di mana segala perancangan dan arahan terjadi ada juga disebut secara spesifik di dalam al-Quran. Namun persoalannya siapakah yang telah meletakkan bukti kebenaran ayat-ayat Allah ini? Seperti juga siapa yang menemui virus dan kuman yang ada pada babi yang menyebabkan Allah mengharamkan binatang itu bagi Muslim?

Mereka adalah para saintis, doktor dan para pengkaji yang hampir semuanya adalah orang-orang Barat dan hampir semuanya terdiri dari bukan Islam. Merekalah yang telah melakarkan rajah-rajah laut dan pembentukan awan, mereka menyelam ke dasar laut, mengambil contoh, menganalisis, menyelidik lalu membuat uji kaji dan pemerhatian sehingga berpuluh tahun. Merekalah juga yang mereka cipta alat-alat untuk mengkaji dan menyelidik segala sesuatu ini dan menulis buku serta menyampaikan ilmu yang sebenarnya bersumberkan al-Quran itu kepada manusia sejagat yang mahu membaca dan mempelajari. Mereka telah memastikan agar ekonomi mereka kukuh supaya dapat terus melakukan semua ini bagi menambah pengetahuan sekali gus membuka jalan penemuan terhadap ubat-ubatan baru atau ilmu baru yang bermanfaat kepada manusia.

Dr. Yoshihide Kozai, Profesor Emeritus dari Universiti Tokyo, Hongo, Tokyo, Jepun, juga Pengarah ‘National Astronomical Observatory, Mitaka, Tokyo, Japan’ berkata:

“I am very much impressed by finding true astronomical facts in [the] Quran, and for us the modern astronomers have been studying very small pieces of the universe. We’ve concentrated our efforts for understanding of [a] very small part. Because by using telescopes, we can see only very few parts [of] the sky without thinking [about the] whole universe. So, by reading [the] Quran and by answering to the questions, I think I can find my future way for investigation of the universe.”

Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Obstetrics dan Gynecology, juga Profesor dalam bidang Obstetrics and Gynecology, serta Molecular and Human Genetics di Baylor College of Medicine, Houston, Texas, AS. Beliau juga adalah Presiden ‘American Fertility Society’ dan telah menerima beberapa penganugerahan termasuk 'Association of Professors of Obstetrics and Gynecology Public Recognition Award pada tahun 1992’. Profesor Simpson telah mengkaji ayat-ayat di bawah:

In every one of you, all components of your creation are collected together in your motherís womb by forty days...
If forty-two nights have passed over the embryo, God sends an angel to it, who shapes it and creates its hearing, vision, skin, flesh, and bones...


Beliau amat terpegun dengan ketepatan dan kebenaran ayat-ayat daripada hadis tersebut setelah mengkajinya dengan bersungguh-sungguh dan dalam satu persidangan meluahkan kata-kata berikut:

“So that the two hadeeths (the sayings of the Prophet Muhammad that have been noted provide us with a specific time table for the main embryological development before forty days. Again, the point has been made, I think, repeatedly by other speakers this morning: these hadeeths could not have been obtained on the basis of the scientific knowledge that was available [at] the time of their writing... It follows, I think, that not only there is no conflict between genetics and religion but, in fact, religion can guide science by adding revelation to some of the traditional scientific approaches, that there exist statements in the Quran shown centuries later to be valid, which support knowledge in the Quran having been derived from God.”

Profesor Tejatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi dari Universiti Chiang Mai, Chiang Mai, Thailand. Sebelumnya, beliau adalah dekan fakulti perubatan di universiti yang sama. Semasa Persidangan Perubatan Saudi ke-8 di Riyadh, Arab Saudi, Profesor Tejasen bangun dan berkata:

“During the last three years, I became interested in the Quran. From my study and what I have learned from this conference, I believe that everything that has been recorded in the Quran fourteen hundred years ago must be the truth, that can be proved by the scientific means. Since the Prophet Muhammad could neither read nor write, Muhammad must be a messenger who relayed this truth, which was revealed to him as an enlightenment by the one who is eligible [as the] creator. This creator must be God. Therefore, I think this is the time to say La ilaha illa Allah, there is no god to worship except Allah (God), Muhammadur rasoolu Allah, Muhammad is Messenger (Prophet) of Allah (God). Lastly, I must congratulate for the excellent and highly successful arrangement for this conference... I have gained not only from the scientific point of view and religious point of view but also the great chance of meeting many well-known scientists and making many new friends among the participants. The most precious thing of all that I have gained by coming to this place is La ilaha illa Allah, Muhammadur rasoolu Allah, and to have become a Muslim.”

Profesor-profesor ini tidak mungkin dapat mengesahkan kebenaran al-Quran tanpa kajian yang mendalam. Mereka dengan yakin menyatakan bahawa al-Quran itu benar dan mereka kagum dengan kebenaran yang tertulis lama sebelum manusia punya keupayaan untuk mengkaji perkara-perkara ini. Dengan itu, ada di antara mereka yang terus mengambil keputusan memeluk Islam. Pastinya, mereka ini memahami al-Quran dengan lebih baik berbanding umat Islam sendiri yang kebanyakannya merupakan Islam keturunan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pemahaman mereka berkenaan isi al-Quran mungkin lebih baik lagi berbanding ulama-ulama Islam sendiri.

Sememangnya, untuk menyentuh hati cerdik pandai mengenai keagungan Allah dan Islam, kita perlu terlebih dahulu menyentuh minda mereka dengan meyakinkan mereka mengenai keagungan al-Quran.

Islam adalah agama ilmu. Oleh itu, umat Islam perlu membuka minda dan meneroka ilmu, bermula dengan meneroka isi al-Quran. Meneroka bukan bererti sekadar membaca dan memahami atau sekadar merujuk dan berbincang. Perlu ada di antara kita yang melakukan lebih daripada itu. Ini kerana telah terbukti bahawa perkataan-perkataan yang digunakan dalam menjelaskan kejadian alam dan manusia di dalam al-Quran bukan disebut dengan sengaja, kiasan atau sekadar mencantikkan bahasa. Ia punya makna, sama ada tersirat atau tersurat. Dan ia perlu dikaji. Kerana itulah semakin banyak kita pelajari mengenai Islam, semakin sedikit rasanya pengetahuan kita mengenainya kerana kita akan menyedari betapa ilmu Allah itu terlalu luas, tinggi dan dalam. Maka benarlah bahawa golongan cerdik pandai lebih mudah mengenali Allah dan lebih mampu menghayati dan memahami ajaran Islam dengan sebenar-benarnya.

Semoga kita tidak akan termasuk ke dalam kalangan orang-orang yang takbur kerana merasakan bahawa ilmu Islam kita sudah cukup dan secara tidak sedar telah mengangkat diri sendiri sebagai ulama.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama