REMAJA OH REMAJA

Pada masa sekarang ini, jumlah kelahiran di seluruh dunia kini kian meningkat, dengan itu penduduk dunia kini semakin bertambah dengan generasi baru dan mereka ini akan menjadi pelapis kepada generasi sekarang. Remaja juga merupakan satu golongan daripada masyarakat dan golongan ini merupakan pelapis kepada generasi sekarang. Kita boleh melihat bagaimana generasi masa hadapan dengan melihat kepada golongan remaja sekarang. Oleh sebab itu golongan remaja ini merupakan aset yang paling penting kepada sesebuah negara dan rakyat khasnya. Ini kerana merekalah yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Di Malaysia, golongan remaja merupakan golongan yang diambil perhatian oleh kerajaan negara ini. Dengan itu kerajaan kini bertungkus lumus membuat pelbagai langkah untuk memastikan golongan remaja negara ini menjadi seorang yang berguna kepada negara,masyarakat dan agama.

Dunia semakin hari semakin berubah dan keadaan remaja pada masa kini juga berubah mengikut perkembangan semasa. Oleh kerana perubahan yang mendadak pada masa sekarang tanpa dikawal telah menyebabkan beberapa kesan negetif timbul di kalangan remaja. Salah satu daripada kesan negetif itu ialah masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada masa sekarang. Keruntuhan akhlak boleh berlaku apabila masyarakat tidak lagi menghormati, malah memperlecehkan norma-norma yang menjadi teras kepada pembentukan diri dan institusi sosial yang mantap. Masalah ini meupakan masalah yang sangat serius dan pada masa sekarang ini berita tentang keruntuhan akhlak remaja sering terpapar di muka akhbar ,televisyen dan dalam pelbaga media dan tajuk berita begitu menakutkan seperti remaja merogol, terbabit dalam najis dadah, remaja menganggotai konsi gelap, terjebak dengan gerakan anti budaya,budaya punk dan lain-lain lagi. Daripada tahun 1990, sebanyak 2480 kes jenayah membabitkan remaja dan meningkat 62% kepada 4012 kes pada tahun 1995 dan daripada kajian yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1996 seramai 6860 orang remaja terlibat dalam masalah sosial, 71% merokok, 40% minum arak dan 14% menagih dadah.

Masalah keruntuhan akhlak remaj mungkin di sebabkan oleh masalah remaja itu sendiri dan ditambah dengan keadaan persekitaran mereka. Ia juga disebabkan oleh kegilaan sosial dan ia muncul kerana perasaan remaja yang ingin untuk mencuba sesuatu perbuatan, fesyen pakaian, stai rambut, rentak muzik dan lain-lain lagi perkembangan semasa dari barat. Selepas itu ia akan naik kepada jenayah kecil seperti mencuri, merosakan harta awam jika tidak di bendung dengan segera.Masalah keruntuhan akhlak remaja ini juga di sebabkan oleh kurangnya didikan agama yang diberikan kepada remaja sejak dari kecil lagi dan masalah keluarga yang ditanggung oleh remaja seperti penceraian ibu bapa mereka, ibu bapa sering bergaduh dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ini akan menyebabkan masalah emosi remaja terganggu dan tidak tenang dan mereka akan melakukan pelbagai perkara untuk menenangkan emosi mereka. Pergaulan bebas dan pengaruh rakan juga menyebabkan keruntuhan akhlak remaja. Faktor lain keruntuhan akhlak remaja ialah pengaruh media masa, pelancong asing yang datang ke negara kita dan sebagainya.

Masalah keruntuhan akhlak remaja kini semakin serius dan mendatangkan masalah kepada masyarakat dan negara. Masalah ini menyebabkan sesetengah masyarakat kini tidak berasa tenteram kerana takut kepada remaja yang liar. Ada juga yang beranggapan bahawa remaja sekarang sudah kurang ajar dan berpandangan negetif kepada remaja. Ia juga menyebabkan ekonomi negara terjejas kerana pengeluaran wang untuk membaiki kerosakan kemudahan awam yang rosak, menyediakan pusat-pusat serenti bagi penagih dadah dan lain-lain lagi. Negara lain juga akan memandang serong terhadap negara kita kerana keruntuhan akhlak remaja.

Oleh kerana masalah ini semakin serius, maka pelbagai pihak telah tampil kehadapan untuk mengatasi masalah ini. Antara pihak-pihak yang tampil untuk mengatasi masalah ini ialah agensi kerajaan dan pertubuhan belia. Sebagai contoh, agensi kerajaan telah menggariskan kursus yang sesuai kepada remaja untuk mendidik remaja supaya berdisiplin dan cemerlang. Kementerian Pendidikan telah menggariskan ‘pendidikan pencegahan menerusi kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum’ kepada pelajar. Manakala Pertubuhan Belia pula bersikap lebih proaktif dengan mempelbagaikan pendekatan supaya remaja terdorong untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankannya. Dengan memasuki aktiviti ko-kurikulum ini, remaja dapat mengisi masa lapang meraka dengan aktiviti yang berfaedah dan dapat mengelakkan pelajar itu daripada terjerumus dalam masalah sosial yang mendatangkan keruntuhan akhlak pada masa ini. Kerajaan juga megenakan hukuman yang berat di bawah akta dadah berbahaya 1952 sekiranya disabit kesalahan kepada pengedar pil ecstacy. Kerajaanjuga telah melarang penjual supaya tidak menjual rokok kepada pelajar yang berumur 18 tahun kebawah. Ini bagi mengelakan para pelajar daripada merokok dan seterusnya berbuat perkara burukyang lain.

Pihak sekolah juga bertanggungjawab untuk mengajar dan mendidik para pelajar supaya menjadi orang yang berdisiplindan berguna kepada negara dan masyarakat. Ini kerana para pelajar banyak berada di sekolah. Guru di sekolah dapat mengajar dan menasihati para pelajar dan memberi contoh-contoh kesan buruk daripada kerosakan akhlak remaja kepada pelajar. Pihak sekolah juga boleh mewajibkan para pelajar mengambil ko-kurikulum pada sebelah petang.Orang yang paling penting sekali untuk mengelakan kerosakan akhlak di kalangan remaja ialah ibubapa. Ibu bapa merupakan guru yang pertama kepada remaja, jika ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan baik sejak dari kecil lagi, maka anak mereka akan menjadi orang yang baik apbila besar nanti. Ini kerana masa anak-anak mereka banyak di habiskan di rumah, dengan ini anak-anak lebih banyak menimba ilmu di rumah. Ibu bapa juga perlu memberi kasih sayang kepada anak-anak merekadan memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Golongan remaja ini juga perlu di beri ilmu agama supaya ilmu mereka tidak cetek dalam agama. Oleh itu, ibu bapa perlu mengajar agama kepada anak mereka dan membawa anak mereka ke ceramah agama dan ceramah tentang pelajaran.

Antara usaha lain yang perlu di laksanakan bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja ialah dengan membuat ceramah di peringkat kampung atau bandar tentang masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja.supaya masyarakat tahu tentangnya. Membuat lebih banyak aktiviti seperti Kem Bina Semangat di peringkat nasional supaya remaja dapat mengisi masa lapang mereka. Pihak sekolah boleh membuat kumpulan kecil di kalangan pelajar yang bermasalah dalam disiplin untuk di beri nasihat. Kerajaan juga boleh mengadakan satu hari seperti hari kebangsaan di peringkat nasional. Kerajaan juga boleh mewajibkan pelajar lepasan SPM dan STPM supaya mengambil kursus keagamaan seperti Kem Ibadah dan Membentuk Akhlak Mulia Bagi pelajar islam dan kursus moral bagi bukan islam. Dengan ini para pelajar dapat mengelakkan daripada terjebak dalam masalah ini.

Masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang semakin sirius ini dapat ditangani dengan melaksanakan perkara di atas dan semua golongan perlu terlibat dalam mengatasi masalah ini. Kita sama-sama tangani masalah ini supaya akhlak remaja menjadi baik semula dan ia akan menjadikan negara kita stabil semula dan dipandang oleh negara lain serta rakyat kita hidup dengan aman.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama