RASIONAL MEDIA SEBAGAI WADAH PENDIDIKAN

Pemilihan media sebagai wadah pendidikan adalah sangat relevan. Seperti yang kita ketahui, dalam era globalisasi sekarang ini, media adalah sangat-sangat diperlukan kerana ianya bertindak sebagai sumber maklumat yang terpenting untuk golongan masyarakat berilmu sekarang ini.

Media tidak kira elektronik mahupun media cetak turut bertindak sebagai bahan yang mudah untuk dirujuk kembali, jika individu itu terlepas sesuatu maklumat atau berita terkini. Misalnya, seseorang itu akan mudah untuk merujuk kepada surat khabar jika beliau hendak mencari sesuatu informasi yang telah berlaku semalam mahupun yang telah berlaku bertahun tahun lamanya.

Peranan positif media juga turut menyumbang kepada peningkatan pembaca atau penonton terhadap media sehingga sekarang ini. Pencapaian yang bersih dalam sesebuah media turut mempengaruhi masyarakat untuk menaruh kepercayaan terhadap media elektronik mahupun media massa. Misalnya jika sesebuah media telah lama berkecimpung didalam bidang tersebut dan bijak untuk menarik minat masyarakat untuk terus bersamanya, tidak mustahillah kalau media tersebut masih lagi ‘hidup’ dan terus mendapat sambutan masyarakat tidak kira tua mahupun muda.

Media juga turut memudahkan kerja untuk para pelajar. Misalnya seperti yang kita ketahui sekarang ini, para pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai perkara yang berlaku di seluruh dunia sekarang ini. Dengan adanya teknbologi terkini dalam media, ianya memudahkan seseorang pelajar itu untuk mencari sesuatu bahan itu, baik dari segi pendidikan mahupun hiburan.

Kesimpulannya, pemilihan media sebagai wadah pendidikan adalah sangat relevan untuk para pelajar, supaya ianya dapat memberi pendedahan kepada pelajar akan kepentingan media di dalam sesebuah negara. Pelajar terutamanya haruslah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya supaya ianya tidak terpesong ke jalan yang salah.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama