GAYA TIDUR DEDAH TINGKAH LAKU

JANIN DALAM KANDUNGAN

seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif, pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan menjadi biasa.

bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

BATANG BALAK

tidak serius dan gemar bersosial, mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

MENGIRING DAN TANGAN MENGHALA KE HADAPAN

seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain, lambat membuat sesuatu keputusan, tetapi sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

TENTERA

tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya, tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

JATUH BEBAS

mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu, perasaan mudah tegang dan cepat tersinggung, tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

TAPAK SULAIMAN

boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan, tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

MENELENTANG DENGAN KAKI DAN TANGAN YANG TERBUKA LUAS

seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati, seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana berpendapatan lumayan, suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip.

MENELENTANG DAN KAKI BERSILANG

seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan, suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

MENELENTANG DENGAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DILETAKKAN DIBAWAH KEPALA

mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya, bertanggungjawab terhadap keluarga, sukar jatuh cinta dengan sesiapa atau mungkin kerana anda seorang yang pemilih.

TIDUR MENIARAP DAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN DI ANGKAT DAN BENGKOK SEDIKIT

seorang yang tidak berfikiran terbuka, tidak mempedulikan hal orang lain, selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda, selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur.

TIDUR DENGAN CARA SISI

seorang yang berkeyakinan, dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.

mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

SISI DAN BADAN MERENGKOK

seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam, dan mudah marah.

SISI, LUTUT SEDIKIT BENGKOK DAN SEBELAH TANGAN DIATAS TUBUH

seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.

SISI DENGAN SEBELAH LUTUT BENGKOK

seorang yang cerewet dan selalu merungut, cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil dan perlu belajar untuk relaks.

TIDUR SEOLAH-OLAH DALAM KEADAAN BERPELUK

anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi, seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan, seolah-olah anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.


Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama