Kelazimannya seorang muslim bertemu para ulama’ untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang tidak dapat diselesaikan serta menyebabkan timbulnya kegelisahan dalam jiwa.
Permasalahan yang sering menjadi polemik di kalangan kaum muslimin ialah bunga bank, apakah ia halal atau haram menurut ajaran islam?
Sangat menyedihkan apabila kaum muslimin sentiasa menimbulkan polemik baru tentang masalah ini di saat-saat munculnya harapan ke arah pembinaan Sistem Perekonomian Islam yang bersih daripada segala unsur yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T.
Seringkali permasalahan seperti ini membelenggu umat Islam di dalam seribu kemungkinan jiwa yang tidak pernah diselesaikan sehingga permasalahan lain yang memerlukan tanggungjawab dan tindakan yang lebih tegas.
Namun ianya telah diabaikan sama sekali sehingga umat menjadi semakin lemah dan daif. Ketika peradaban Barat sedang mengalami kemajuan pesat dan menjadi bangsa yang disegani, tetapi di Negara Islam berlaku sebaliknya.
Penjajahan Barat telah meninggalkan pengaruh yang amat mendalam terhadap jiwa dan pemikiran umat Islam. Sistem ekonomi Negara Islam dikuasai sepenuhnya oleh kaum kapitalis yang telah mencipta ‘bunga bank’ dalam sistem bank mereka. Sistem ini telah memberikan laba (keuntungan) yang berlipat ganda dan menunjukkan perkembangan yang menggalakkan sehingga umat Islam pun cenderung untuk menerima dan mengiktiraf sistem perbankan kapitalis tesebut.
Dari Jabir R.A ia berkata, Rasulullah melarang menjual setompok tamar yang tidak diketahui takarannya dengan tamar yang diketahui takarannya (Hadis Riwayat Bukhari dan Nasa i’)
Hadis ini mafhumnya menunjukkan bahawa sesungguhnya kalau setompok tamar tanpa ditakar ditukar dengan nilai tamar adalah boleh.
PENJELASAN
Syariah berkata: Hadis ini menunjukkan bahawa sesungguhnya tidak boleh sesuatu barang dijual dengan sejenisnya sedang salah satunya tidak diketahui ukurannya, kerana mengetahui kesamaan ukuran adalah menjadi syarat tidak bolehnya dijual dengan yang lain dan tidak ragu-ragu lagi bahawa tidak diketahuinya ukuran kedua barang itu atau salah satunya adalah menimbulkan persangkaan pada hukum adalah harus dijauhi, sedang menjauhi persangkaan seperti ini hanya dapat dengan jalan menakar barang yang biasa djual dengan takaran menimbang barang yang biasa dijual dengan timbangan.
Dari Ibnu Umar dari Nabi s.a.w ia bersabda : “Takaran itu adalah takarannya penduduk Madinah, dan timbangan itu adalah timbangannya penduduk Mekkah (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasa i’)
PENJELASAN :-
Syarih berkata: Hadis ini menunjukkan bahawa apabila perselisihan batang takaran maka dikembalikan takaran penduduk Madinah dan tentang timbangan dikembalikan kepada timbangan penduduk Makkah.
Ibnu Hazim berkata : Aku telah meneliti dengan cermat sekali dari setiap orang yang ku percaya tentang keistimewaan timbangan penduduk Mekkah, ku dapatkan masing-masing mereka mengatakan bahawa satu dinar Mekkah timbangannya adalah 82 biji dan 3 persepuluh biji dengan ukuran biji syair' sedang dirham yang ukurannya 7 persepuluh mitsqal timbangannya adalah 57 biji dan 6 persepuluh biji dan 10 biji, sedang satu kati ukurannya adalah 128 dirham dengan ukuran dirham seperti di atas, ataupun takaran penduduk Madinah telah dibicarakan.
Mereka mengadakan pembaharuan dalam syari'at dengan huraian yang terkeluar dari nas-nas yang muhkamat untuk dijadikan mutasyabihat.
Hukum Allah yang sudah jelas tetapi masih ingin menjadikannya samar-samar dan diperalatkan di dalam menyesuaikan diri dengan fakta yang tidak pernah diamalkan oleh kaum muslimin sepanjang sejarahnya, baik dengan kehendak, fikiran mahupun dengan perbuatannya.
Golongan tali barut penjajah berselindung disebalik topeng agama untuk bertujuan menyesuaikan hukum dengan kehendak mereka. Segala keadaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah usaha dakyah penjajah yang mempergunakan rakyat tempatan untuk menyebabkan mereka berpegang kepada fahaman yang sesat sehingga akhirnya umat Islam lemah dan mengalah dengan keadaan yang berlaku. Ajaran Islam yang mengharamkan riba itu telah ditolak mentah-mentah.
Pemikiran Islam adalah murni dan amat luas pengaruhnya. Ia telah menyediakan sistem pemikiran yang lengkap dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk system perbankan, perekonomian dan pelaburan modal.
Oleh kerana itu, kita tidak perlu beralih kepada sistem ekonomi yang telah diharamkan oleh Allah. Pada masa kini, sistem perbankan Islam telah mula mendapat tempat di hati masyarakat. Mereka menyedari penindasan yang wujud dalam sistem ekonomi kapitalis yang mengamalkan riba.
Ternyata bank-bank Islam kini semakin pesat, kukuh dan mampu mengaut keuntungan yang tinggi.
Kini, usaha yang harus kita tumpukan adalah memperbaiki, mengembang dan memajukan serta membersihkan bank-bank Islam daripada pelbagai keraguan yang mungkin tertanam di jiwa. Pihak bank perlu menyediakan keadaan yang sihat untuk kegiatannya dan mempersiap bingkai-bingkai kemanusiaan yang diperlukan dengan menggabungkan orang-orang yang taat menunaikan ajaran Islamnya baik pemahaman mahupun perbuatannya dengan para ahli yang memiliki pengalaman dan kepakaran dalam sistem pelaburan dan perekonomian.
Ada golongan yang berprasangka buruk mengatakan, “janganlah kamu bermimpi dapat mendirikan bank Islam yang didirikan tanpa mengenakan bunga dan mengamalkan sistem ekonomi Islam”.
Sesungguhnya bunga bank adalah urat nadi bank. Kalau kamu mengharapkan berdirinya bank tanpa bunga maka itu sama sahaja dengan mengharapkan terciptanya suatu yang mustahil. Namun ternyata tohmahan ini tidak berasas.
Malah di Malaysia kini, pihak kerajaan sedang bergiat melancarkan Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) berlandaskan hukum syarak dan kaum muslimin menerima hasilnya dengan penuh keghairahan. Ini adalah antara contoh-contoh muamalat dalam Al-Hadith yang megambilkira larangan riba.
PENGHARAMAN RIBA DALAM MUAMALAT ISLAM
Allah mengharamkan riba dan penjualan satu dirham dengan dua dirham. Alasan pengharaman riba setelah adanya penjelasan terhadap peremehan hanyalah kerana adanya peremehan terhadap hal itu termasuk kufur. Alasan pengharaman riba dalam kredit adalah kerana ia menyebabkan hilangnya kebaikan, rosaknya harta, kecenderungan manusia pula laba dan meninggalkan pinjaman padahal pinjaman menciptakan kebaikan dan kerana di dalam hal itu terdapat kerosakan, kezaliman dan hilangnya harta.
Di dalam Al-Kafi jilid V halaman 146 terdapat 2 riwayat tentang falsafah pengharaman riba iaitu :-
Dari Sama’ah berkata: Aku berkata kepada Abu Abdillah,
“Aku perhatikan Allah menyebutkan riba tidak hanya satu ayat, tetapi mengulan-ulanginya.” Beliau a.s bertanya, “Tahukah kamu, mengapa demikian?” Aku menjawab, “Tidak.” Beliau bersabda, “Agar manusia tidak tercegah dari berbuat baik.”
Juga dari Abu Abdillah : “Allah ‘Azza wa Jalla mengharamkan riba semata-mata agar manusia tidak tercegah dari berbuat baik.”
Silakan merujuk juga pada Al-Kafi jilid V halaman 144-147, Al-Faqih jilid III halaman 71 dan Al-tahdzib jilid VII halaman 93-120.
Di dalam Al-Wasa’il jilid II halaman 597:
Dari Hisham bin Al-Hakam, bahawa ia bertanya kepada Abu Abdillah a.s tentang alasan diharamkannya riba.
Beliau menjawab, “ Kalau riba itu dihalalkan, maka manusia akan meninggalkan perdagangan dan apa-apa yang mereka butuhkan. Maka Allah mengharamkan riba agar manusia keluar dari yang haram menuju yang halal, menuju perdagangan dan jual beli, sehingga hal itu tetap berlaku di antara mereka dalam bentuk pinjaman.”
Dari Muhammad bin Sinan : Ali bin Musa Ar-Ridha menulis surat kepadanya, di antara isinya adalah jawapan atas masalah-masalah yang ditanyakan kepadanya: Alasan diharamkannya riba terhadap apa yang dilarang Allah ‘Azza wa Jalla dan terhadap apa yang menyebabkan kerosakan harta. Manusia apabila membeli satu dirham adalah dengan dua dirham.
Harga satu dirham adalah satu dirham, selain itu adalah batil. Mengambil dan memberikan riba adalah kerugian dalam setiap hal, bagi pembeli dan bagi penjual.
Maka Allah mengharamkan riba terhadap hamba-hambanya, kerana menyebabkan kerosakan harta. Sebagaimana Allah mengharamkan seseorang untuk menyerahkan kepada orang bodoh hartanya kerana dikhuatiri hartanya itu akan musnah hingga ia waras. Kerana alasan ini, Allah mengharamkan riba dan penjualan satu dirham dengan dua dirham.
Dalam Shahih Al-Bukhari II, halaman 73:
Dari Samrah bin Jundab berkata: Nabi S.A.W bersabda, “Pada malam itu aku lihat dua orang datang kepadaku dan membawaku ke suatu tanah yang disucikan. Kemudian kami pergi hingga tiba di sebuah sungai darah. Di sungai itu terdapat seorang laki-laki yang sedang berdiri dan di tepinya tedapat seorang lali-laki yang menggenggam batu yang memperhatikan orang yang ada di sungai. Setiap kali orang yang ada di sungai itu berusaha menepi, ia melemparnya dengan batu sehingga orang itu kembali ke tempatnya semula. Dan selalu begitu. Orang yang kau lihat berada di sungai adalah pemakan riba".
Pelbagai jenis amalan riba yang terdapat di dalam aktiviti perniagaan khususnya dalam instrumen konvensional termasuklah aplikasi kad kredit, amalan perbankan, kaedah pinjaman dan sebagainya.
Tags
ISLAMIK