PESANAN PARA ULAMA’

Penuhilah dirimu dgn makrifat kepada Allah. Carilah Rabbmu nescaya engkau temui kebahagiaan….Berwaspadalah dgn lisanmu kerana bahayanya cukup berat, membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah. Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah….

Awasilah mata dan telingamu kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati. Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati maka ia akan memberi kesan walau sedikit. Hubungkanlah keduanya dgn Allah, nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik…

Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah….

Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu dalam keadaan sentiasa berwuduk lalu solahlah dua rakaat sekiranya kau mampu istiqamah…

Kurangkanlah makan kerana sekiranya banyak makan, banyak mendatangi hadas dan sukar untuk bangun di malam hari…

Sabarlah dalam memohon keampunan Rabbmu kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan seumpama mengeluarkan racun daripada badan…

Jangan berangan-angan kosong kerana banyak berangan-angan membawa kepada cinta dunia seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali…

Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was terhadap Allah swt, kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian…

Wahai saudara/i… Janganlah mensia-siakan setiap nafasmu dengan perkara-perkara yang sia-sia, kerana denyutan nadi itulah masa kehidupan yang singkat ini…

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama