MAKANAN TIDAK SIHAT MUDAH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG

Konsultan Pulmonari dan Penjagaan Kritikal Hospital Besar Kuala Lumpur Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai menyatakan bahawa gaya hidup masyarakat pada hari ini telah banyak berubah. Gaya hidup dan makanan yang tidak sihat membawa kepada atherosclerosis iaitu pembunuh pertama. Amalan gaya hidup moden seperti diet yang tidak sihat, penambahan berat badan dan kurang bersenam merupakan faktor utama menyebabkan sindrom metabolik dan embolisme arteri jantung.


INFLAMASI ARTERI JANTUNG

Ketika ditemubual, Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai, Pakar Kardiologi dari Hospital Besar Kuala Lumpur membincangkan tentang "Diet dan Inflamasi: Hubung kait dengan penyakit metabolik dan kardiovaskular". 20 tahun yang lalu, para saintis telah mengkaji mekanisme pembentukan atherosclerosis dan kesan pemakanan keatas mekanisme metabolisme. Berdasarkan kajian tersebut, saintis boleh mengenalpasti jenis makanan yang dimakan oleh itu, nutrien yang diperlukan dapat diserap dalam badan untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Makanan yang terbaik untuk melindungi jantung adalah terdiri daripada lima jenis bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan daging merah, produk susu penuh krim dan makanan yang manis patut dielakkan.

Eksperimen saintifik membuktikan bahawa diet yang sihat disamping gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan risiko embolisme arteri jantung sebanyak 83%. Risiko seseorang wanita menghidap diabetis juga dapat dikurangkan sebanyak 91% manakala risiko kanser kolon pada lelaki juga dapat dikurangkan sebanyak 71%. akan tetapi, kehadiran makanan barat dalam pasaran, telah menyebabkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pada masa ini tidak mencapai keperluan badan.

Terdapat saintis yang mengatakan bahawa pengambilan terlalu banyak makanan yang tidak sihat merupakan salah satu penyebab utama inflamasi arteri jantung. Apabila arteri mengalami inflamasi, embolisme arteri jantung akan terbentuk.

PELBAGAI KEADAAN POST PRANDIAL

Post-prandial merupakan satu keadaan dimana seseorang itu kekal dalam keadaan tertentu dalam tempoh masa yang lama dan seterusnya ia akan membawa masalah atherosclerosis.

Perbezaan keadaan post-prandial ditunjukkan seperti di bawah:

*Hypertriglyceridaemia dalam darah

*Penularan Carotid Intima Media pada pesakit diabetik

*atau hyperglycaemia

*atau hyperlipidaemia

*Sejenis enzim yang dikenal sebagai dimethylarginine akan muncul dalam plasma darah. Enzim ini berupaya merosakkan lapisan internal arteri jantung. apabila lapisan internal cedera, arteri tersebut akan mudah terhalang.

Walaupun bergitu, pengambilan makanan dan minuman secara berlebihan tetapi pada masa yang sama mengambil banyak sayur-sayuran akan dapat juga melindungi lapisan arteri jantung daripada tercedera.

Mengapa pengambilan daging secara berlebihan akan merosakkan lapisan internal arteri? Keadaan ini disebabkan oleh pengumbulan lemak dan kolesterol pada lapisan internal boleh mengakibatkan inflamasi/ keradangan pada lapisan tersebut. Kesannya, lapisan internal akan menjadi tidak kuat dan lemak mudah berkumpul pada lapisan tersebut. Pengumpulan lemak pada lapisan tersebut merupakan faktor utama berlakunya embolisme arteri jantung.

Manusia pada hari ini makan beberapa hidangan sehari, dan ini bermaksud badan mengalami keadaan post-prandial sebanyak beberapa kali sehari. Apabila masa berlalu, lapisan internal arteri jantung akan menyebabkan kecederaan dan akhirnya membawa kepada masalah embolisme pada arteri.

PENYEBAB INFLAMASI/KERADANGAN PADA ARTERI JANTUNG

Pengambilan daging dan gula yang tinggi akan mendorong kepada masalah inflamasi arteri jantung kerana:

*Lemak dan gula darah akan menyebabkan lapisan internal arteri jantung berkeadaan oksidan. Ini akan merangsang sekurang-kurangnya 125 gen di mana gen tersebut akan menggalakkan lagi inflamasi berlaku.

*Gula darah juga berupaya merangsang sel inflamatori dalam badan. Jadi, ia akan menyebabkan inflamasi lapisan internal arteri jantung. Dengan kata lain, cytokine inflamatori akan dirangsang oleh gula darah dan menyebabkan inflamasi.

*Sel terlalu aktif

Selepas mengambil terlalu banyak makanan dan minuman, sel pada lapisan internal arteri jantung akan menjadi aktif. Di samping itu, molekul pada plasma akan menjadi lebih pekat. Kemudian, sel inflamasi akan bertindak agresif. Ini menebabkan inflamasi pada lapisan internal arteri jantung.

*Keadaan oksidan pada arteri jantung

Selepas mengambil makanan tinggi lemak dan gula, arteri jantung akan mengalami keadaan oksidan. Justeru, sensitiviti insulin akan menjadi kurang. Dalam erti kata yang lain, insulin tidak mampu memasuki sel dengan mudah. Selepas beberapa tahun, hyperglycaemia akan terbentuk. akhirnya, ia akan membawa kepada sindrom metabolik dan pembentukan diabetis.

MAKANAN ANTI-OKSIDAN PATUT DIAMBIL SELEPAS MAKAN

Selepas makan, nutrien yang tercerna akan diedarkan ke salur darah. Selepas itu, amaun sel inflamatori, sel neutrophilik dan bahan oksidan akan meningkat secara signifikan dalam darah pada waktu itu.

Para saintis juga mendapati dengan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan fiber dalam kuantiti yang banyak akan berupaya menentang " gelombang oksidan" dalam badan kerana ia mengandungi bahan anti-oksidan.

Jika asid lemak omega-3 diambil, risiko menghidap penyakit kardiovaskular akan berkurangan sebagaimana asid lemak omega-3 boleh menghalang inflamasi pada lapisan internal arteri jantung.

Keadaan oksidan memainkan peranan penting dalam pembentukan atherososclerosis. Oleh yang demikean, terdapat pelbagai produk penjagaan kesihatan anti-oksidan dalam pasaran. Pihak produk tersebut mendakwa ianya mampu mengelakkan penyakit kronik termasuklah gangguan arteri jantung.

Akan tetapi, adakah ini benar?

Produk penjagaan kesihatan anti-oksidan

Tidak lama dahulu, satu eksperimen menentukan bahawa pengambilan produk penjagaan kesihatan vitamin E boleh meningkatkan risiko kematian.

Ini merupakan eksperimen terbesar yang melibatkan 12,504 orng mati akibat pengambilan produk penjagaan kesihatan vitamin E secara berlebihan. Liputan lain pula menunjukkan terdapat ramai orang yang mengambil produk vitamin E tetapi tiada kesan terapeutik diperhatikan. akan tetapi, pengambilan produk penjagaan kesihatan vitamin E yang kurang daripada 400iu dapat mengurangkan risiko kematian secara signifikan.

Oleh itu, produk penjagaan kesihatan yang asli dapat bertindak secara efektif tetapi hanya boleh diamabil dengan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan atau pakar perubatan. Ini bermaksud kita perlulah mengambil berat terhadap dos pengambilan sesuatu produk.

Penyakit mudah dihidapi oleh orang yang obes

Makanan yang mengandungi tinggi lemak dan daging akan menyebabkan obesiti di mana lemak akan berkumpul di sekitar organ internal terutamanya abdomen menyebabkan buncit.

Mereka yang obes terdedah kepada penyakit berikut:

*Apabila lemak yang banyak berkumpul di bahagian organ dan abdomen, inflamasi yang tidak menunjukkan simptom akan terbentuk dengan mudah di seluruh badan.

*Mereka juga terdedah kepada gangguan metabolik yang serius.

*Mereka yang mempunyai adipositi abdominal akan mudah terjejas disebabkan oleh inflamasi lapisan internal arteri.

Para saintis Kanada telah menjalankan eksperimen dimana perserta yang kesemuanya terdiri daripada lelaki dan perempuan yang obes mengurangkan pengambilan makanan berlemak tetapi mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Selepas 6 tahun, berat badandan saiz pinggang mereka berkurangan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pakar perubatan dan pakar pemakanan berpendapat bahawa ini merupakan berita baik jika pesakit diabetik mengambil elemen nutrien yang dapat membantu menurunkan tahap gula dan mengelakkan diabetis.

Beberapa tahun kebelakang ini, banyak syarikat gergasi farmaseutikal menemui dan menghasilkan pelbagai jenis ubat yang membantu menurunkan tahap gula darah. Ia dikenali sebagai rawatan baris pertama.

Rawatan baris kedua pula adalah pengambilan elemen nutrien seperti Susu Tepung GT&F yang mana boleh didapati dalam pasaran. Produk ini boleh mengurangkan tahap gula darah dan mengelakkan pembentukan diabetis kerana ianya dapat meningkatkan sistem keimunan badan manusia.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama