KHASIAT BURUNG BELATUK




Sesiapa yang mencampurkan otak burung belatuk dengan manisan madu atau gula sama rata, nescaya akan kuatlah ingatannya. 

Jika ditanggung matanya oleh orang yang pelupa, nescaya kuatlah ingatannya. 

Jika di bakar hatinya dan dicampur dengan syadab dan di makan, nescaya kuatlah ingatannya. 

Jika ditanggung perut panjangnya oleh orang yang keluar darah, nescaya tertahanlah darah itu. 

Paruhnya jika diletakkan pada suatu benda, insya allah terpelihara daripada kerosakan. 

Jika ditanggungnya oleh orang yang hendak mengadap pembesar-pembesar, nescaya di hormati dan berhasil segala maksud atau hajatnya. 

Tanah sarangnya jika ditanggung oleh orang yang kena penjara, nescaya keluar ia daripadanya. 

Kukunya jika di tanggung oleh kanak-kanak kecil atau lainnya, nescaya terpelihara bencana daripada pandangannya. 

Ekor belatuk dilumur dengan darahnya, jika di gantung di pokok kayu, nescaya tidak berbuah ia dan jika di tanggung oleh orang yang berdarah, nescaya berhenti darah tersebut. 

Sayapnya ika di tanggung oleh orang yang bergusti atau berlawan, nescaya dapat kemenangan dan hasil segala hajatnya. 

Jika dimakan dagingnya (yang masak), nescaya jadi ubat bagi anggota yang tidak berjalan kekuatannya. 

Otak belatuk dibakar dan di campur sesuatu daripada asykut, setelah itu di campur dengan makanan dan di beri makan kepada orang yang di kehendaki dengan katanya “ayuhai si anu bin si anu, aku beri makan akan dikau burung belatuk dan hendaklah kamu dengar dan taat perintahku dan aku naik saksi akan dikau bagaimana naik saksi oleh hud-hud kepada Nabi Allah Sulaiman A.S“ - nescaya orang itu kasih dan taat kepada engkau. 

Mata belatuk sebelah kanan, jika di balut dengan kain yang bersih dan di gantung di lengan kanan, nescaya di kasihi oleh orang. 

Otak belatuk jika dilumur di muka (dijadikan seperti bedak), nescaya membersih dan mengilat cahaya muka. Hati belatuk di letak di atas dada perempuan yang tidur, nescaya berkata-katanya dengan apa yang dia telah buat. 

Darahnya jika dititik ke dalam mata yang masuk sesuatu atau yang mata rabunnya, nescaya hilang dan sembuh. 

Jika di perasapkan sarang mana-mana burung dengan asap daging burung belatuk, nescaya terpelihara burung itu daripada usikan binatang buas. 

Jika di gantung burung belatuk yang disembelih dimana-mana rumah, nescaya terpelihara ahlinya daripada terkena sihir. 

Siapa minum air asahan tulang kepala belatuk dengan za’faran, nescaya terpelihara daripada usikan jin-jin. 

Jika dicampur air asahan itu dengan susu dan di minumnya, nescaya terpelihara daripada gangguan syaitan. 

Sesiapa yang minum air asahan lidahnya dengan air hujan, nescaya terpelihara daripada segala penyakit. 

Sesiapa yang perembunkan hati burung belatuk dengan air selama 3 malam dan di minumnya, nescaya kuat ingatannya. 

JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN PELBAGAI KHASIAT YANG DI AJARI ORANG TUA DAHULU KALA. OLEH ITU, LETAKKANLAH KEKUASAAN DAN KEIZINAN ALLAH YANG LEBIH UTAMA. ELAKKAN DARIPADA MENSYIRIKKAN ALLAH.

Admin

Terbaru Lebih lama