RENUNGAN BAGI SEMUA MUSLIMAT

Rasulullah SAW bersabda:

Wanita, apabila ia sembahyang 5 waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kerhormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

Rasulullah SAW bersabda:

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Rasulullah SAW bersabda:

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Rasulullah SAW bersabda:

Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang akan dia.

Rasulullah SAW bersabda:

Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).

Rasulullah SAW bersabda:

Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaKU di dalam syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malailat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapuskan baginya 1000 kejahatan.

Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH (perang sabil).

Rasulullah SAW bersabda:

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat, tiada nur baginya.

Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Al-Pattani menulis dalam kitabnya MUHIMMAH

"Derhaka seorang perempuan yang keluar dari rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yang bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar ia akan segala fardhu ain dan haram atas suaminya menegah isteri jika dia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika dia ada ilmu, nescaya wajib atasnya mengajar akan isterinya itu, maka ketika itu (suami mampu mengajar isterinya akan fardu ain) haramlah keluar perempuan itu dari rumahnya lagi derhaka dia."

0 Komentar untuk "RENUNGAN BAGI SEMUA MUSLIMAT"
 
Copyright © 2014 Pembawa Berita Gembira - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info