SESUATU yang dijadikan Allah di bumi ini mengandungi faedah dan nikmatnya. Allah juga pada masa sama, melebihkan antara satu kejadian dengan yang lain mengikut arahan-Nya. Itulah kekuasaan Allah yang mencipta segala kejadian dalam alam ini.
Setiap ciptaan-Nya mempunyai kelebihan tersendiri dan kelebihan manusia di sisi-Nya ialah mereka yang paling bertakwa kepada-Nya. Selain itu, Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud: “Sekali sembahyang di masjid-Ku (Masjid Madinah) lebih baik daripada seribu kali sembahyang di tempat lain kecuali di Masjidil Haram."
Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu sebagaimana Allah melebihkan Ramadan daripada segala bulan yang lain. Allah melebihkan Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu. Sabda Nabi Muhammad bermaksud: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat, pada hari itu Allah menjadikan Adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga dan dikeluarkannya daripadanya."
Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Jumaat itu penghulu segala hari serta yang paling agung di sisi Allah dan adalah lebih agung di sisi Allah daripada Hari Raya Haji (korban) dan Hari Raya Puasa."
Daripada kedua-dua hadis itu jelas menunjukkan keistimewaan Jumaat. Jumaat adalah
hari diciptakan Nabi Adam dan pada hari itu juga, Baginda dimasukkan ke syurga dan juga dikeluarkan daripadanya.
Jumaat adalah penghulu segala hari dan lebih afdal daripada Hari Raya Korban dan Hari Raya Puasa. Jika pada kedua-dua hari raya itu disunatkan sembahyang hari raya, tetapi pada Jumaat difardukan sembahyang Jumaat.
Ada antara kita berasakan Jumaat seperti hari lain. Ini menyebabkan mereka mengisi hari itu dengan hati yang kosong tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya.
Lebih malang lagi, ada pula yang meninggalkan Jumaat tanpa rasa berdosa kepada Allah. Tidak mustahil ketika khutbah disampaikan, ada yang sedang berehat di samping keluarga, menjamah hidangan tengah hari dan tidak kurang berkelah.
Golongan ini lupa pada kewajipan kepada Allah, sementara itu ada pula yang masih sibuk dengan urusan pekerjaan dan perniagaan.
Mereka dapat mendengar laungan Jumaat melalui radio atau menara masjid walaupun di mana berada. Mereka itu terdinding daripada petunjuk Allah.
Pada masa lalu, masih ada kaum Muslimin yang beranggapan bahawa sembahyang Jumaat itu hanya fardu kifayah, dan jika ada sebilangan kaum Muslimin yang mengerjakannya, mereka akan terlepas daripada kewajipan itu.
Ada pula yang hanya takut jika meninggalkan Jumaat hingga tiga kali atau dua kali tanpa sebarang keuzuran yang diharuskan oleh syarak.
Mereka berasakan jika meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut barulah hukumnya haram, sekiranya sekali atau dua kali tidak mengapa.
Anggapan ini silap dan sesat kerana sembahyang Jumaat adalah fardu ain iaitu wajib dikerjakan oleh setiap Muslim yang mukalaf dan wajib pula dilakukan pada setiap Jumaat.
Dalam erti kata lain, sesiapa yang meninggalkan Jumaat dengan sengaja hukumnya haram dan berdosa.

Tags
ISLAMIK