PANDUAN MENGGUNAKAN CARIAN

Carian mengikut subjek

Carian ikut subjek adalah carian untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kepada perkataan atau ungkapan. Gunakan ruangan Carian Ikut Subjek untuk mengisi katakunci carian.

Misalnya untuk mencari Merdeka, anda boleh menaip merdeka dan menekan butang mula carian. Sistem akan mencari perkataan samada pada tajuk atau teks skrip. Sistem akan menayangkan semua skrip yang mengandungi perkataan merdeka.

Carian boleh juga dibuat berdasarkan ungkapan. Misalnya anda boleh mencari kadet polis dengan memasukkan kadet polis dalam ruangan carian.

Anda juga boleh menggunakan tanda * bagi mendapatkan carian dengan menggunakan kata awalan. Misalnya dengan memasukkan jawat* maka semua maklumat yang bermula dengan jawat seperti jawatan, jawatankuasa dan sebagainya akan disenaraikan.

Carian mengikut tarikh

Carian mengikut tarikh membolehkan senarai peristiwa disenaraikan samada mengikut haribulan, bulan, tahun peristiwa atau tahun siaran. Haribulan, bulan dan tahun hendaklah ditaip dalam bentuk angka. Misalnya 01 untuk satu haribulan, 05 untuk bulan Mei atau tahun dalam bentuk 1998 atau sebagainya.

Untuk mencari maklumat yang berlaku pada sesuatu haribulan, masukkan haribulan di ruangan kotak katakunci dan diikuti oleh tanda *. Contohnya untuk mendapatkan peristiwa yang belaku pada 1 haribulan, maka tanda * selepas 01. (menjadi "01/*") Kemudian tekan butang Mula Carian.(Format Haribulan yang diterima ialah 01,02,03 .... 29,30,31)

Untuk mencari maklumat yang berlaku pada sesuatu haribulan bagi bulan tertentu, masukkan haribulan dan bulan di ruangan kotak katakunci dan diikuti oleh tanda *. Contohnya untuk mendapatkan peristiwa yang belaku pada 1 haribulan Februari, maka tanda * selepas 02. (menjadi "01/02/*") Kemudian tekan butang Mula Carian. (format bulan yang diterima ialah 01,02...11,12)

Untuk mencari maklumat yang berlaku pada sesuatu haribulan, bulan dan tahun diketahui, masukkan haribulan, bulan dan tahun di ruangan kotak katakunci. Contohnya untuk mendapatkan peristiwa yang belaku pada 1 haribulan Februari tahun 1978, maka masukkan "01/02/1978". Atau sekiranya tidak mengetahui tahun, sila masukkan seperti "01/02*". Kemudian tekan butang Mula Carian.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama