LAPORAN SEMINAR FRANCAIS NELSON’S


KEPADA : ENCIK MOHAMAD YUSOP BIN MOHD JANI, Pensyarah
DARIPADA : MOHD. MUBASSYIR BIN MAT DERIS, Pelajar
TARIKH : 6 MAC 2008
TAJUK : LAPORAN SEMINAR FRANCAIS NELSON’S

Pada hari Sabtu, bertarikh 1 Mac 2008 yang lepas, bertempat di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 5/4, satu seminar perniagaan francais telah berlangsung. Para pelajar yang dipilih oleh pensyarah subjek Pengurusan Perniagaan Francais kami untuk menjadi panel pengarah projek tersebut telah bertungkus-lumus menjayakan projek tersebut. Pensyarah subjek Pengurusan Perniagaan Francais kami, iaitu Encik Mohamad Yusop bin Mohd Jani, telah mengarahkan kepada beberapa pelajarnya yang dipilih itu untuk menjemput seorang penceramah tentang perniagaan francais. Semua urusan berjalan dengan lancar. Semua pelajar telah hadir seawal pukul 8.30 pagi dengan dimulakan sesi pendaftran yang telah dikenakan sebanyak RM 5.00 setiap orang dengan disertakan satu fail. Pelajar yang dipilih oleh pensyarah kami itu telah sebulat suara bersetuju menjemput seorang penceramah dari syarikat francaisor iaitu Nelson’s. Perjalanan seminar tersebut berjalan dengan lancar dengan ketibaan Encik Nelson sendiri di DKG 5/4 pada pukul 9.30 pagi. Nama penuhnya ialah Nelson Kwok Teng Toong. Sekarang beliau memegang peranan dan tugas yang besar iaitu sebagai Timbalan Presiden Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia.

Pertama sekali apa yang keluar daripada mulut Encik Nelson sendiri ialah beliau bersecita tentang sejarah penubuhan syarikatnya. Bercakap tentang sejarah penubuhan Syarikat Nelson’s ini, Encik Nelson berkata, idea penubuhan syarikatnya bertitik tolak daripada sebiji isi jagung. Dari idea tersebut, beliau merasakan ada sesuatu yang menarik tentang kebaikan jagung itu sendiri. Dengan itu juga beliau telah merangka beberapa visi dan misi beliau sendiri. Beliau telah memasang hasrat untuk menjadi orang pertama yang menjadi francaisor perniagaan jagung. Beliau juga akan merebut apa-apa peluang perniagaan sekiranya ada, semata-mata untuk meningkatkan lagi amalan keusahawanan bagi dirinya.
Beliau ada menyebut tentang sejarah permulaan perniagaannya. Bermula tahun 1985, beliau yang juga pengasas kepada Nelson’s telah mengorak langkah ke hadapan dengan menubuhkan dua premis atau outlet perniagaannya. Kedua-dua premis tersebut terletak di PKNS Shah Alam dan Jaya Shopping Complex. Beliau telah meyakinkan pihak Kementerian Pembangunan Keusahawanan supaya membantunya di dalam mengusahakan dan mengembangkan perniagaan francaisnya. Sebagai orang Malaysia, beliau berharap sebenar-benarnya kepada kementerian berkenaan supaya membawanya ke puncak kejayaan yang lebih besar lagi untuk menubuhkan syarikat sebagai francaisor.

Dengan itu beliau telah menubuhkan syarikat pertamanya dengan menggunakan nama KTT Product Corporation Sdn Bhd. Sekarang beliau telah menukarkan syarikat tersebut dan memjenamakan semula syarikatnya dengan diberi nafas baru, iaitu Nelson's Franchise (M) Sdn. Bhd. Dengan perubahan yang beliau lakukan tadi, maka perniagaannya semakin hari semakin maju dan dikenali ramai. Nelson seharusnya berterima kasih kepada kementerian berkenaan kerana telah memberi suntikan semangat dan laluan yang terbuka luas apabila perniagaannya telah mulai berkembang sehingga dapat menubuhkan lagi ratusan outlet-outlet di seluruh dunia seperti Arab Saudi, Kuwait, Indonesia, Brunei dan lain-lain lagi.


Setiap syarikat atau mana-mana perusahan, semestinya mempunyai motto masing-masing. Bagi syarikat Nelson’s, pengasasnya telah menetapkan motto yang tersendiri, iaitu, “Wholesome Goodness On The Go!”. Dengan motto tersebut, pihak syarikat mampu untuk merancang beberapa kaedah perniagaan yang tersendiri dalam membangunkan empayar perniagaan mereka ke seluruh dunia. ‘Wholesome Goodness On The Go!’ mempunyai dua maksud yang utama iaitu maksud yang pertama ialah bertujuan untuk mendidik dan untuk menyediakan pemakanan kepada pengguna dengan kesihatan, makanan yang mengandungi zat, bebas daripada kolesterol, dan apa yang lebih penting di sini ialah pilihan utama bagi penggemar jagung. Bagi maksud yang kedua pula ialah untuk memajukan amalan yang baru dengan cara mempromosikan amalan atau tabiat pemakanan makanan segera yang sihat dan berkhasiat. Berdasarkan pernyataan visi dan misi Nelson’s itu sendiri, perkataan CORN yang juga bermaksud “jagung” juga membawa maksud yang lebih luas lagi kalau di pecahkan dari segi abjadnya. C merujuk kepada Creating a Lifestyle, O merujuk kepada Outstanding Products, R merujuk kepada Return of Investment, dan akhir sekali N merujuk kepada National Success.

Beliau ada menceritakan bahawa beliau pernah membaca buku tulisan Tun Dr. Mahathir yang berjudul ‘ Panduan Untuk Perniaga Kecil ‘. Buku tersebut sangat menarik kandungannya, kata beliau. Buku tersebut sangat laris di pasaran dan cetakan hanya pertama cetak sahaja. Buku berkenaan juga telah medorongnya untuk mendalami lebih mendalam lagi tentang bidang perniagaan francais. Selepas itu, beliau sendiri telah membuat pertemuan dengan penulisnya sendiri, iaitu Tun Dr. Mahathir untuk bertanyakan sesuatu yang sering bermain di fikirannya selama ini. Beliau juga bercerita tentang apa kandungan yang menarik dalam buku berkenaan. Antara bab yang paling beliau tertarik untuk membaca berulang kali ialah antaranya Start Small, Grow The Business ; Do Not Look Down Your Business ; dan Do Not Do Business On 100% Borrowing. Beliau berkata, buku tersebut mengajarnya satu persatu secara praktikal atau dengan kata lain secara Hands – On. Beliau berasa sangat suka, cinta, seronok, dan penuh dengan penumpuan apabila membaca buku tersebut. Apa yang penting baginya adalah selepas beliau membaca buku secara berulang kali, beliau sendiri telah melakukan kajian dan pembangunan (R & D), memperbaiki mutu perniagaannya yang sedia ada. Dengan pembacaan tadi, beliau telah bersikap secara professional dan unggul untuk mencapai pencapaian, penghargaan dan status ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Beliau sendiri telah membuat kunjungan muhibbah ke rumah bekas Perdana Menteri Malaysia itu pada 28 Oktober 2006 di The Mines. Disana, beliau telah menerima beberapa nasihat dan panduan serta suntikan semangat daripada Tun Mahathir sendiri bagaimana untuk membangunkan perniagaannya. Beliau juga telah menerima autograf daripada Tun Mahathir sebagai tanda penerimaan dan persetujuan Tun sendiri didalam membangunkan perniagaan francais ini. Beliau ada berkata, beliau sangat tertarik dengan kata-kata dan pesanan Tun kepada beliau khususnya dan secara tidak langsung kepada rakyat Malaysia sendiri bahawa cepat-cepat merebut peluang yang terbuka luas di dalam perniagaan francais ini yang menjanjikan sejuta keuntungan dan kebaikan. Tun berpendapat bahawa perniagaan konsep francais ini kurang mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia kerana kurangnya pendedahan dan kurangnya pengetahuan tentang kelebihan perniagaan francais ini. Tambahan pula, beliau berkata, Tun berpesan kepadanya supaya beliau menjadi orang yang pertama yang menjadi pemangkin perniagaan francais di Malaysia dan membuka minda masyarakat tentang banyaknya kelebihan menjalankan perniagaan francais ini.

Nelson’s adalah syarikat yang pertama di dunia ini yang memperkenalkan konsep “jagung dalam bekas” atau dengan nama yang ‘Corn in Cup’ didalam pasaran semasa dan dengan hanya memperkenalkan konsep tersebut, maka sekarang Nelson’s telah menerima lebih daripada 600 francaisi permintaan konsep perniagaannya atau outlet dari seluruh dunia. Beliau juga menegaskan bahawa sekarang pihak syarikat Nelson’s sedang membesarkan lagi empayar perniagaannya. Tidak hairanlah, premis-premis perniagaannya sudah mulai bertapak di beberapa negara Eropah, Timur Tengah, dan Asia Tenggara. Antara negara yang terlibat menjadi francaisi Nelson’s ialah Sweden, Russia, Ukraine, Turki, Arab Saudi, Kuwait, Brunei, dan Indonesia.

Beliau juga ada memberikan tips-tips untuk berjaya dalam bidang ini kepada kami dengan menurunkan rahsia keramatnya yang selama ini tidak di hebohkan kepada pihak umum iaitu, 5 P. Lima huruf tersebut adalah merangkumi product, price, place, people, dan promotion. Beliau juga menetapkan perkataan SHARP mesti dijadikan sebagai prinsip diri kalau kita menjadi seorang peruncit atau peniaga. SHARP kalau di pecahkan ada maknanya yang tersendiri. S merujuk kepada service, smile dan sales. Manakala H merujuk kepada honest, hardworking, dan helpful humble. Seterusnya A merujuk kepada active, alert, dan action. Bagitu juga dengan R yang dirujuk kepada responsible, respect dan akhir sekali P merujuk kepada product knownledge dan patient.

Didalam seminar baru-baru ini juga, Encik Nelson’s juga ada memberitahu hanya empat tahun yang paling terpahat di hati beliau dan sangat penting dalam sejarah Nelson’s. Empat tahun tersebut ialah pada tahun 1985, Encik Nelson memulakan perniagaan secara runcit kecil-kecilan sahaja. Selepas itu, pada tahun 1994, syarikat beliau terus mengorak langkah menjadi francaisor. Pada tahun 2001, syarikat telah memajukan lagi proses pengeluaran produk perniagaannya dengan menaik taraf aset-aset utamanya sesuai dengan teknologi terkini. Proses yang baru diperkenalkan itu adalah mengikut aturan masing-masing dan berjadual. Permulaannya ialah dengan melakukan kajian dan pembangunan (R&D), pertanian, pembuatan, pemasaran, penghantaran, peruncitan, dan akhir sekali adalah terhadap pengguna. Akhir sekali ialah pada tahun 2005, pihak syarikat telah melakukan pembaharuan dari segi pembekalan sumber bahan mentah produk syarikat dengan melakukan beberapa kontrak pertanian. Melalui amalan pertanian yang maju, Nelson’s telah mengikat kontrak dengan beberapa petani moden yang terpilih dan mempunyai lebih 1000 ekar tanah yang terletak di Perak dan Sabah. Dengan kemajuan dan kepakaran yang Nelson’s ada, jagung tersebut akan dipetik hanya selepas 60 hingga 65 hari di tanam hanya semata-mata untuk menjaminkan keaslian dan ketinggian mutunya dengan menetapkan harga yang berpatutan disamping bekalan sumber produk yang sentiasa cukup dan memadai.

Melalui kajian dan pembangunan yang telah dibuat selama ini, biji jagung daripada Nelson’s iaitu yang terdapat dalam ‘Corn In Cup’ adalah hasil kacukan jagung generasi baru yang dipanggil ‘Nelson’s 28’. Berdasarkan tiga tahun pengalaman yang luas dalam bidang kajian dan pembangunan mengenai jagung, Nelson’s yang sudah pesat berkembang bukan hanya mementingkan amalan pemakanan yang berkhasiat dan lazat, tetapi juga mementingkan kualiti yang tinggi dan kita boleh membandingkan jenis jagung yang lain yang berada di pasaran semasa. Pertanian pula merujuk kepada jagung kacukan Nelson’s 28 yang di proses melalui penanaman yang bertempat di Ipoh dan Kota Kinabalu. Seterusnya Nelson menambah lagi, pembuatan dan proses berdasarkan kepada tanaman itu sendiri, proses pembersihan, proses pemutihan and proses pembekuan yang semuanya menggunakan mesin yang maju dan alatan daripada Nelson’s 28 yang dibawa masuk mengikut piawaian standard GMP dan standard HACCP.

Melalui kegiatan pemasaran pula, oleh kerana kemasyhuran jenama Nelson's itu sendiri telah tersebar bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi berjaya memikat hati ramai pelabur asing yang mahu turut serta di dalam perniagaan francais Nelson’s ini melakukan pelaburan seperti Arab Saudi, Kuwait, Jakarta, Brunei dan banyak lagi. Outlet Nelson's adalah tempat strategik melalui kawasan lampu isyarat, maka itulah menjadi tarikan pelbagai pengguna yang cintakan produk makanan segera Nelson’s ini. Kegiatan penghantaran barangan produk pula akan di hantar melalui lori pendinginan yang besar jika di kawasan Malaysia manakala penghantaran barangan dengan kapal akan dilakukan jika barangan itu akan memasuki negara luar.

Tiga jenis outlet peruncit iaitu kebiasaannya menggunakan cara Sidewalk Mall Kiosk, Shopping Mall Kiosk, dan Mobile Van.Konsep runcit melalui Tricycle, Corn Cart, Corn Kiosk 1, dan Corn Kiosk 2. Selepas 20 tahun, Nelson's telah mengenali pengguna Malaysia sebagai francaisi yang unik bersama dengan produk yang lebih unggul seperti ‘Corn In Cup’ dan pelbagai pilihan yang lain. Corn in cup dijual dengan harga RM 2.50. Corn juice warm pula dijual dengan harga RM 2.00 cold RM 3.00. Manakala makanan segera Nelson’s mengandungi tiga pilihan yang hebat iaitu Sesame Wonder atau Herb Delights, Cornyfish Sticks, dan Dorayaki. Minuman Ice-Blended Nelson’s merangkumi ice-blended cappucino, ice-blended corn, passion fruit ice blended, honeydew ice blended, dan watermelon ice blended. Ais krim Nelson’s pula datang dengan pelbagai rasa dan pilihan. Pilihlah samada hendak merasa kesedapan rasa Pick n Mix, Waffle Cones, Softy Curls, Ais Krim Potong, dan banyak lagi. Manakala kek Nelson’s hanya mempunyai dua pilihan iaitu, Belgium Waffle, dan Waffle Cake.

Encik Nelson sendiri menurunkan ilmunya yang selama ini belliau amalkan. Tips untuk berjaya dalam pemgurusan perniagaan francais yang telah disediakan oleh Encik Nelson sendiri kepada kami semasa seminar tersebut adalah semata-mata untuk penilaian untuk diri sendiri. Antara elemen-elemen tersebut ialah adakah anda bersedia dan mampu untuk bertanggungjawab di dalam menguruskan perniagaan anda?, adakah anda seronok dengan perniagaan anda?, adakah anda akan mengikut perniagaan dengan secara sepenuhnya?, adakah anda mempunyai sejarah kejayaan dalam berniaga dan mampu berinteraksi dengan masyarakat luar?, bolehkah anda sanggup di dalam perniagaan?, adakah perniagaan anda buat akan membuat penimbangan dengan rekod daripada kejayaan?, adakah anda suka dengan staff francaisor anda? dan persoalan yang terakhir adakah anda dibantu oleh keluarga?

Beliau juga membawa kepada kami 16 alasan untuk memastikan menjadi seorang francaisor yang paling baik ialah antaranya mengamalkan sistem yang berjaya yang sudah terjamin, mampu menjawab segala keraguan, beranggapan seperti francaisor dan sanggup terima perubahan, memasuki mana-mana pameran, latihan yang berkualiti, lokasi yang strategik, membuat mana-mana lawatan dan memperbaharuinya, harus mempunyai kemungkinan untuk berkembang, menganggap francaisi mereka sebagai kawan dan pelanggan, menyesuaikan diri dengan keadaan pada masa hadapan dan sentiasa memperbaharuinya, menjadi francaisi yang peramah, menjadi penolong kepada francaisi, menjadi manusia yang cekap dari segi sumber kewangan, bebas daripada ligitation, selalu memperbaharui teknologi dan komunikasi yang sedia ada dan akhir sekali ialah proses pemilihan francaisi untuk mencapai francaisi yang betul-betul berkualiti.

Memperkatakan tentang plan perkembangan dan peluasan ke seluruh dunia Nelson’s pula adalah antaranya akan mensasarkan lebih daripada 500 outlet baru terutamanya ke Negara China yang merupakan negara yang paling besar di dunia. Nelson’s juga akan membuka operasi yang baru di Negara Russia, Ukraine, Sweden, Singapura, dan lain-lain negara lagi. Jaringan francaisi Nelson’s pula mengharapkan untuk berkembang lebih 30 peratus dan mahu melebarkan sayap ke serata dunia.

Memperkatakan pencapaian Syarikat Nelson’s juga menerima bantuan dan penghargaan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga Perdana Menteri sekarang, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk pencapaian francaisor tempatan yang paling. Antara anugerah-anugerah yang Nelson’s terima di dalam perniagaannya ialah antaranya yang diterima pada tahun 1997, iaitu The Most Promising Franchisor, dan pada tahun 1998 sebagai The Most Outstanding Home Grown Franchise. Seterusnya pada tahun 1998 sebagai The Most Outstanding Franchisor dan akhir sekali ialah pada 1999 sehingga 2002 secara berturut-turut sebagai Outstanding Franchisee Awards. Begitulah segala kepayahan dan keperitan dalam mengusahakan konsep perniagaan pada permulaannya dahulu, telah berbayar dengan beberapa anugerah telah diperoleh sebagai tanda syarikat tersebut bukan calang-calangnya lagi.

Sempat lagi Nelson mempromosikan tentang kilangnya kepada para pelajar yang menyertai seminar tersebut yang beralamat di No 7, Jalan Penyelenggara U1/77, Batu 3 Industrial Park, Shah Alam, 40150, Selangor Darul Ehsan. Malaysia. Kepada sesiapa yang mempunyai keinginan untuk menjadi francaisi Nelson’s atau ingin bertanyakan maklumat tentang perniagaan mereka, bolehlah mereka menghubungi menerusi talian telefon yang bernombor 03-55128228 dan talian fax yang bernombor 03-55126133 atau melawati lamam web sahaja di www.nelsons.com.my.

Seminar francais disudahi dengan jayanya kerana perancangan awal telah direncanakan terlebih dahulu. Para pelajar nampaknya bersemangat dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Nelson dengan seolah-olah mereka ingin menjadi francaisi Nelson’s pada masa itu juga. Sebagai kesimpulannya, perniagaan francaisi ini sangat baru di dalam industri perniagaan runcit di Malaysia. Jadi kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan ingin menceburi bidang ini pula, bolehlah merujuk kepada kementerian yang menguruskan perniagaan francaisi, mempunyai modal permulaan sebagai aset pelaburan, dan menyertai mana-mana seminar perniagaan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing.

Admin

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama