"Apabila seseorang hamba di datangi perasaan riya', dia tidak akan terlepas dari tiga keadaan:
Pertama: Riya' datang selepas selesai menunaikan sesuatu ibadat atau sebelum melakukannya. Sekiranya timbul perasaan senang dan gembira setelah melakukannya kerana diketahui oleh orang ramai di mana pendedahan itu bukanlah datang darinya, maka itu tidak menghapuskan pahala amal yang dibuat kerana ibadat telah dilaksanakan dengan tulus ikhlas.
Apa yang berlaku selepas dari itu tidak diambil kira, lebih-lebih lagi jika dia tidak berniatpun untuk memberitahu ataupun menceritakan amalannya itu. Sekiranya dia yang menceritakan dan menzahirkan kepada orang lain setelah melakukannya, inilah perkara yang dibimbangkan. Lazimnya, terdapat bibit-bibit riya' dalam hati orang yang sebegini ketika melakukan ibadat. Jika hatinya bersih dari riya' semasa beribadat, bercakap mengenainya setelah melakukannya boleh mengurangkan pahalanya. Perbezaan pahala antara amal yang dilakukan secara senyap dan terang ialah sebanyak tujuh puluh darjat.
Kedua: Riya' datang sebelum selesai menunaikan ibadat seperti sembahyang yang didirikan dengan ikhlas. Jika perasaan yang datang itu adalah perasaan gembira semata-mata, ia tidak memberikan kesan. Tetapi jika datang perasaan riya' yang mendorong kepada melakukan sesuatu perbuatan seperti memanjangkan sembahyangnya agar dia dapat dilihat dan sebagainya, ini akan menggugurkan pahala amalannya.
Ketiga: Riya yang datang seiring dengan amal yang dilakukan. Contohnya memulakan sembahyang dengan niat menunjuk-nunjuk. Jika dia menyempurnakan sembahyang dalam keadaan begitu, sembahyangnya tidak dikira. Jika dia menyesal terhadap perbuatannya itu, dia hendaklah mengulangi semula sembahyangnya. Wallahu A'lam.
petikan: Mukhtasar Minhajul Qasidin -Ibn Qudamah al-miqdasi r.hm"